Saya percaya ramai di luar sana yang
ingin membantu nenek ini untuk mendapatkan katil beroda, atau mungkin
ada di rumah mereka katil beroda yang masih dalam keadaan baik yang
boleh diberikan kepada nenek ini. Saya tidak kenal nenek ini,
insyaAllah saya cuba salurkan bantuan katil beroda tersebut kalau ada
yang sudi membantu. Kalau boleh tidak perlu salurkan bantuan kewangan
cuma saya perlukan katil beroda dan pengangkutan untuk mengangkut
katil beroda tersebut terus ke rumah nenek ini. Sila hubungi saya tel
012-2267406 atau rozmal@yahoo.com
atau PM Facebook : Rozmal . Untuk makluman telefon saya tidak boleh
menerima Whatsapp atau MMS.
Bantuan lain yang boleh disalurkan
ialah lampin untuk orang dewasa. Sebelum ini juga banyak kisah warga
emas yang kurang berkemampuan di Rembau yang perlukan lampin untuk
dewasa.
Hanya bergantung pada susu khas
24 Mei 2014
REMBAU - “Mak perlu dijaga seperti
anak kecil kerana setiap tiga jam sekali, mak perlu diberi susu.
Sebab itu setiap kali melihatnya, saya sedih."
Demikian luahan seorang anak Hamidah
Monson, 53, apabila emaknya, Zainab Ahmad, 79, hanya mampu terbaring
sejak diserang strok sebelah badan kirinya lebih tiga tahun lalu.
"Malah saya perlu berhati-hati
kerana susu itu perlu diberi melalui salur khas yang dipasang di
hidung mak, di mana setiap dua kali seminggu kakitangan kesihatan
akan datang untuk menukar salur baharu,” katanya ketika ditemui di
rumahnya di Kampung Tanjung Sena Hulu, dekat sini, semalam.
Hamidah berkata, buat masa ini, dia
dalam proses memohon bantuan katil beroda dan bantuan bulanan
daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menampung keperluan
susu serta lampin pakai buang emaknya.
“Buat masa ini, hanya suami saya,
Zulkifli Kedah, 58, sahaja yang bekerja sebagai pengawal keselamatan
dan emak mendapat pencen arwah ayah sekitar RM400 sebulan.
Justeru itu katanya, dia amat berharap
permohonannya untuk mendapatkan katil beroda untuk emaknya akan
berjaya.
"Saya juga amat berharap bantuan
JKM dapat diluluskan kerana dengan bantuan itu dapat membeli
keperluan harian emak," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan