Kalau roboh kota Melaka, Papan di Jawa saya dirikan, Kalau
sungguh bagai di kata, Badan dan nyawa saya berikan. Pantun ini memberi
gambaran bagaimana orang Cina yang menetap di tanah Jawa datang membantu
mempertahankan Melaka ketika Portugis menyerang Melaka.
Pemerintah China dari Dinasti Ming telah mengadakan hubungan
dagang yang akrab dengan Melaka sebelum kedatangan Portugis. Dinasti Ming
begitu marah apabila Portugis menyerang Melaka. Sebagai tindakbalas, apabila wakil
tentera Portugis tiba di tanah besar China, mereka telah diserang, dibunuh atau
dipenjara.
Pedagang dari China telah memboikot urusan dagang dengan
Portugis di pelabuhan Melaka. Orang-orang Cina di Melaka telah berpindah untuk
berdagang melalui Sg Linggi dan di pelabuhan Lubok China, Rembau.
Itulah sebabnya nama tempat ini diberi nama Lubok China.
Anak Bendahara Tun Perak iaitu Tun Zainal Abidin telah dilantik menjadi Dato
Lubok China.
Oleh kerana itu Dato Syahbandar telah dilantik merupakan
Orang Besar Undang di Rembau dari suku Biduanda Sedia Raja (Waris Nan Dua
Carak) untuk menjaga perihal pengurusan pelabuhan dan percukaian di Lubuk
China.
(Ingat Melaka saja ada tertanam harta karun, di Rembau pun
banyak tertanam harta karun, akan tetapi untuk kita umat Islam harta yang lebih
bernilai dari harta karun tersebut ialah Al Quran dan As Sunnah)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan