Kalau diperhatikan banyak masjid-masjid lama di Rembau dan
Melaka mempunyai senibina bercirikan budaya dari negara China. Misi Laksamana
Cheng Ho ke Tanah Melayu dan Tanah Jawa telah banyak mengIslamkan penduduk di
sini termasuk Parameswara sendiri
Penemuan batu bersurat di Phang-rang, Vietnam memberi
petunjuk bahawa Islam turut disebarkan
dari jurusan selatan Negara China. Besar kemungkinan juga batu bersurat
yang ditemui di Terengganu pada 702 H ada kaitannya dengan arus kedatangan
Islam dari China.
Cheng Ho dilahirkan pada tahun 1371 di Distrik Kunyang,
Provinsi Yunnan, sebuah wilayah Tiongkok yang sejak lama sudah dihuni
masyarakat China pemeluk agama Islam. Cheng Ho berasal dari bangsa Hui, salah
satu bangsa minoriti Tionghoa.
Menurut buku "Ahlul Bait Rasulullah SAW &
Kesultanan Melayu", Laksamana Cheng Ho (Haji Mahmud Shams 1371–1433)
adalah dari keturunan Rasulullah dari Yi-Bu-Lai-Xi-Mo (Ali Zainal Abidin) bin
Hou Sai-Ni (Sayidina Hussain) bin Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah SAW.
Diceritakan Parameswara hanyalah dianggap sebagai ketua suku
bagi sebuah perkampungan kecil sehinggalah beliau diakui oleh Maharaja China,
Yung Lo sebagai Raja Melaka. Cheng Ho telah memerdekakan Melaka daripada Siam.
Cheng Ho telah meninggalkan sebuah batu bersurat mengenai pengisytiharan ini
namun ianya telah dimusnahkan pada 1512M ketika jatuh ketangan Portugis.
Warna kuning yang menjadi warna kebesaran sultan adalah
anugerah kerajaan China yang bermula dengan pelbagai hadiah kebesaran yang
dipersembah oleh Cheng Ho seperti payung berwarna kuning.
Ukiran masjid-masjid telah dibantu oleh petukang dari China
yang pulang bersama-sama Parameswara yang berangkat dengan 450 orang pengiring
setelah menerima jemputan Maharaja Yung Lo selepas Parameswara memeluk agama
Islam.
Di Jawa Timur ada dua masjid yang menggunakan nama Masjid
Muhammad Cheng Ho di Surabaya dan satunya lagi di Pandaan, Kabupaten Pasuruan.
Kalau roboh kota Melaka
Papan di Jawa saya dirikan
Kalau sungguh bagai di kata
Badan dan nyawa saya berikan
Pantun ini memberi gambaran bagaimana orang Cina yang
menetap di tanah Jawa datang membantu mempertahankan Melaka ketika Portugis
menyerang Melaka.
Pemerintah China dari Dinasti Ming telah mengadakan hubungan
dagang yang akrab dengan Melaka sebelum kedatangan Portugis. Dinasti Ming
begitu marah apabila Portugis menyerang Melaka. Sebagai tindakbalas, apabila
wakil tentera Portugis tiba di tanah besar China, mereka telah diserang,
dibunuh atau dipenjara.
Pedagang dari China telah memboikot urusan dagang dengan
Portugis di pelabuhan Melaka. Orang-orang Cina di Melaka telah berpindah untuk
berdagang melalui Sg Linggi dan di pelabuhan Lubok China, Rembau.
Itulah sebabnya nama tempat ini diberi nama Lubok China.
Anak Bendahara Tun Perak iaitu Tun Zainal Abidin telah dilantik menjadi Dato
Lubok China.
Oleh kerana itu Dato Syahbandar telah dilantik merupakan
Orang Besar Undang di Rembau dari suku Biduanda Sedia Raja (Waris Nan Dua
Carak) untuk menjaga perihal pengurusan pelabuhan dan percukaian di Lubuk
China.
Rujukan :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan