KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140504

Hamba Allah perlu berbuat baik kepada ibu bapa


Sekitar 20 tahun lalu apabila arwah wan dan atok saya datang ziarah rumah emak dan abah saya di Rembau ketika saya bersama wan dan atok berborak di tanah sebelah laman rumah emak dan abah, tiba-tiba wan saya berkata kepada saya, “Rozmal, kau buek rumah kat sinia, sonang jago omak kau”.

Saya hanya tersenyum, tak terlintas langsung hati saya hendak buat rumah di Rembau sebelah rumah emak dan abah sebab saya dan isteri bekerja di Seremban dan berhajat untuk beli rumah di Seremban.

Hampir tiga tahun sudah, atok saya pergi menemui penciptaNya, selang beberapa bulan kemudian abah pula pergi, 3-4 jam selepas itu wan saya pula menemui penciptaNya mengiringi anaknya.

Sudah naluri orang tua kita, mereka lebih selesa tinggal di rumah mereka sendiri. Puas pujuk duduk rumah di Seremban, paling lama sehari, lepas tu hendak balik kampung. Siapa yang ada emak dan abah yang sudah tua pasti melalui pengalaman ini, ibu bapa kita tidak akan selesa duduk rumah kita, selagi ada rumah mereka di kampung.

Akhir sekali isteri saya berkata kepada saya supaya buat rumah di kampung sebelah rumah emak, senang nak tengok emak, sedangkan wan saya tak pernah berkata dengan isteri mengenai saranan wan untuk buat rumah sebelah rumah emak.

Semacam wan saya sudah tahu, dia dan abah saya akan pergi dulu, dan menyuruh saya menjaga emak saya.

Ini semua hanyalah dengan izin Allah semata-mata.

Kata-kata ibu bapa adalah merupakan doa, akhirnya akan diperkenankan Allah, tidak di dunia, sudah pasti di akhirat.

Hidup di dunia hanya sementara, hidup di akhirat, koka sampai bilo-bilo.

Tiada ulasan: