Kita bukan sahaja boleh mengeluarkan
peluh untuk menyihatkan badan dengan berjogging, senaman aerobik,
berjalan, bermain futsal dan sebagainya untuk membakar kalori.
Malahan banyak aktiviti lain yang boleh membakar kalori dalam pada
masa yang sama dapat membersihkan alam sekitar.
Kalau kita berjogging atau bersenam
aerobik selama 30 minit akan membakar 220 kalori. Sebaliknya kalau
kita mengemas rumah kita sendiri, atau membasuh tandas masjid atau
surau, vakum karpet surau selama 30 minit kita akan membakar 110
kalori. Lepas tu bila kita balik rumah pula, tolong isteri mop
lantai, lap tingkap, vakum karpet atau basuh kereta selama 30 minit,
kita akan bakar 110 kalori.
Marilah kita kempen masyarakat sekitar
kita untuk bersenam dengan melakukan aktiviti yang menyihatkan dan
bersih, aktiviti serampang berpuluh mata. Badan sihat, peluh keluar,
rumah bersih, kereta bersih, surau bersih, insyaAllah pahala pun
berganda-ganda.
Boleh kira sendiri berapa kalori
dibakar dalam pelbagai aktiviti di pautan berikut
Tiada ulasan:
Catat Ulasan