KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140503

Jom Buang Sampah Kitar Semula di Pasar Rembau


2-3 minggu lepas saya membawa beberapa botol plastik kosong, tin penyembur ubat nyamuk kosong untuk di buang di tong sampah berhampiran Pasar Rembau. Hampir setiap kali saya ke tong sampah ini kelihatan orang sedang mencari-cari sampah kitar semula yang boleh dijual dalam longgokan sampah.

Ketika saya hendak membuang sampah kitar semula ini, datang seorang pakcik berbangsa Melayu dengan motosikal buruk yang ada raga untuk diisi barangan kitar semula. Saya terus berikan plastik dan tin tadi kepada pakcik, senyum pakcik tadi menerimanya.

Saya sarankanlah kepada orang Rembau semua, kalau nak buang sampah kitar semula di Pasar Pekan Rembau supaya asingkan elok-elok sampah kitar semula, terutamanya tong plastik, tin dan sebagainya. Masukkan dalam plastik dan ikat kemas-kemas.

Letak saja tepi tong sampah tersebut, pasti akan ada orang mengambilnya. Tak perlulah mereka tercari-cari dalam tong sampah dengan barangan kotor dan busuk yang lain.

Tiada ulasan: