Malaysia adalah merupakan antara negara
dengan kekerapan panahan petir tertinggi di dunia. Kolam renang,
sungai, tempat berair, pokok, wakaf, hentian bas adalah antara tempat
yang berisiko tinggi ketika petir. Berada dalam rumah, bangunan,
kereta yang ditutup tingkap semua adalah antara tempat yang kurang
berisiko. Maklumat lanjut mengenai petir di Malaysia di
http://kilatmalaysia.blogspot.com
Pemandu jentolak maut dipanah petir
KEMAMAN 12 Mei 2014 - Seorang pemandu
jentolak warga emas maut disambar petir di sungai berhampiran rumah
kongsi syarikat pembalakan di hutan Cenderong Air Putih dekat sini
semalam.
Kejadian berlaku pada pukul 6.15 petang
ketika mangsa, Ng Choon Wah, 70, bersama tiga rakannya sedang mandi
selepas kembali dari kerja. Seorang saksi, Mustafa Mahmud, 53,
memberitahu, beliau berada dalam lingkungan 30 meter dari tempat
kejadian dan mendengar dentuman kuat, diikuti percikan api menyambar
mangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan