KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140504

Mudahnya untuk berjasa kepada orang tua yang telah meninggal dunia



Ibu bapa yang sudah meninggal dunia, sentiasa mengharapkan amalan baik anak-anak mereka di dunia. Salah satunya ialah kita menjalinkan silaturrahim dengan saudara mara dan kenalan orang tua kita.

Semalam berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan saudara sebelah arwah ayah di Rumah Melaka. Sempat bergambar dengan wan saudara. Arwah ayah memang rapat dengan keluarga wan saudara dari Bukit Keramat ini. Kerana arwah ayah dibela oleh arwah atok saudara dan wan saudara ini ketika bersekolah di KL.

Marilah kita berbakti kepada orang tua yang telah meninggal dunia dengan menjalinkan silaturrahim dengan saudara mara dan kenalan orang tua kita.

Bukan saya yang suruh, Nabi Muhammad saw sendiri yang sarankan.

Dalam hadis diriwayatkan Abu Daud daripada Abu Usaid al-Sa’idi, disebutkan ada seseorang datang kepada Nabi dan bertanya, “Apakah masih ada kewajipan berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa saya sesudah mereka meninggal?” Nabi SAW menjawab, “Ya, berdoa dan memohon ampun kepada keduanya, melaksanakan pesannya, dan menghubungkan tali silaturahim kepada mereka yang tidak terjadi hubungan kekeluargaan tanpa kedua-duanya, dan berbuat baik atau menghormati temannya.”

Tiada ulasan: