Mungkin ramai antara kita tidak
mengetahui bahawa terdapat lebih daripada 3000 ekor buaya di Sungai
Linggi sehingga ke Sungai Rembau di Negeri Sembilan.
Dikatakan buaya-buaya Negeri Sembilan
ini dahulunya hormat kepada ulama-ulama di Negeri Sembilan, antaranya
Almarhum Tuan Shaykh Muhammad Sa’id bin Tuan Shaykh Jamaluddin
al-Linggi dan Almarhum Tuan Guru Haji Ahmad @ Ali Bin Haji Musa.
Almarhum Tuan Shaykh Muhammad Sa’id
bin Tuan Shaykh Jamaluddin al-Linggi , seorang ulama dan guru tariqah
yang terbesar di Negeri Sembilan. Satu lagi kelebihan Almarhum adalah
bersahabat dengan buaya. Terdapat satu sungai di negeri Kedah yang
tidak digunakan oleh sesiapa pun kerana buaya di dalam sungai itu
sungguh garang. Suatu hari dalam perjalanan Tuan Shaykh Muhammad
Sa’id merasa letih dan mahu mandi. Beliau berhajat untuk mandi di
sungai itu tetapi dilarang oleh penduduk kampung itu. Namun kerana
mahu mandi juga, beliau tidak mempedulikan larangan itu. Beliau terus
terjun ke dalam sungai itu dan beberapa ekor buaya yang dikatakan
garang mengelilinginya. Digosoknya buaya itu seekor demi seekor.
Orang kampung yang tadi cemas mula kehairanan dengan melihat kejadian
itu.
Tuan Guru ini ialah Haji Ahmad @ Ali
Bin Haji Musa. Allahyarham Haji Ali mula berguru dengan Tuan Sheikh
Ahmad Said Mufti Negeri Sembilan di Pondok Rasah, Seremban lebih
kurang 5 tahun dalam tahun 1930an. Malam hari kematian Tuan Guru Hj
Ali, hujan turun dengan lebat. Banyak kawasan yang tidak pernah
banjir telah dinaiki air. Muridnya bernama Zamri Zakaria dan Haji
Nizarfar Hamthan menyaksikan pokok-pokok kayu rebah ke bumi ketika
mereka memandu kereta untuk membuat laporan kematian di Balai Polis
Rantau, tetapi anehnya apabila dalam perjalanan pulang tiada pula
pokok-pokok yang tumbang. Terdapat juga dakwaan melihat buaya-buaya
Sungai Linggi naik ke tebing sungai.
Adalah sewajarnya buaya-buaya di Sg
Linggi dan Sg Timun di Rembau diisytiharkan sebagai satu keajaiban di
Negeri Sembilan yang mempunyai kaitan dengan ulamak di Negeri
Sembilan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan