Malaysia adalah merupakan antara negara
panahan petir tertinggi di dunia, namun masih ramai antara kita yang
tidak mengetahui fakta ini. Ajal maut adalah ketentuan Ilahi.
Beberapa kejadian petir yang dilaporkan sebelum ini terkumpul di
http://kilatmalaysia.blogspot.com
Teh terakhir pengembala lembu
4 Mei 2014
Teluk Intan: Seorang pengembala lembu
bersama seekor ternakannya, maut selepas dipanah petir ketika hujan
lebat dalam kejadian di Tali Air 6, Chenderong Balai, Labu Kubong,
dekat sini, petang tadi. Dalam kejadian 4.30 petang itu, mangsa
Muhamad Ramli Rais, 59, dikatakan sedang membawa 20 lembu miliknya ke
kandang, sebelum dipanah petir bersama seekor daripada terkanannya
itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan