Di Negeri Sembilan cukai tanah perlu
dibayar sebelum 1 Jun 2014, jika tidak pemilik tanah akan didenda.
Semalam 29 Mei 2014 kakak saya ke Pejabat Tanah Rembau untuk membayar
cukai tanah kerana bil cukai tanah untuk 3 lot tanah telah tidak
diterima. Apabila kakak saya ke sana, Pejabat Tanah Rembau, bil
semasa cukai tanah tidak dapat semak, mungkin sistem komputernya
masih belum dapat dibaiki akibat kebakaran besar bangunan Pejabat
Daerah Rembau pada Februari 2014 yang lalu.
Lalu kakak saya diminta untuk pergi ke
Pejabat Tanah Seremban untuk menyemak, mendapatkan bil cukai tanah
dan membayar cukai tanah di Seremban.
Mungkin ramai lagi pemilik tanah di
Rembau tidak sedar akan perkara serta mengalami masalah yang sama
jika mereka tidak mendapat bil cukai tanah tahun 2014 dan tidak
semena-mena akan didenda.
Saya harapkan agar Pejabat Tanah dan
Galian Negeri Sembilan memberi kelonggaran kepada pemilik-pemilik
tanah di Rembau yang belum lagi membayar cukai tanah dengan
menangguhkan tarikh denda lewat bayar cukai tanah sehingga sistem
komputer di Pejabat Tanah Rembau beroperasi sepenuhnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan