Mungkin ramai antara kita tidak
mengetahui bahawa kalimah Allah dalam tulisan Arab telah terdapat di
Negeri Sembilan sejak tahun 137 Masihi lagi iaitu kira-kira 500 tahun
sebelum Hijrah. Di Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas yang terletak
antara jalan utama Port Dickson – Linggi terdapat satu-satunya
rangkaian batu megalitik atau batu hidup yang mempunyai bentuk ukiran
serta tulisan kalimah Allah yang wujud sejak tahun 137 Masihi.
Pengkalan Kempas amat penting dalam
sejarah Negeri Sembilan dan Malaysia kerana di sini juga terdapat
makam ulama zaman Kesultanan Islam Melaka iaitu Sheikh Ahmad Majnun
yang dipercayai wali Allah.
Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas
mengandungi perkuburan misteri yang menggunakan batu megalit yang
berbentuk pedang dan senduk. Sejarawan percaya kubur ini dibina pada
abad ke-2 dan ke-3 Masehi. Sebahagian batu megalith ini ada ukiran
yang menyerupai tulisan Arab dan Sumatra. Batu ini terdapat Inskripsi
Hindu yang terdapat huruf Arab ( Allah ) , Batu Inskripsi Raja
Aditiya Warma, 137 Masehi dan pada batu itu tertulis perkataan Allah
dengan huruf Arab.
Pihak penjajah Inggeris telah
memindahkan pelabuhan dari Pengkalan Kempas ke Tanjong dan memberi
nama Port Dickson sempena nama Pegawai Inggeris yang bertanggungjawab
ketika itu Sir John Frederick Dickson
Nama lama untuk Port Dickson ialah
Tanjong. Nama lain untuk Port Dickson juga ialah Arang dimana dulu
terdapat lombong arang di Batu 1 , Jalan Pantai , Port Dickson.
Adalah sewajarnya Kompleks Bersejarah
Pengkalan Kempas ini diisytiharkan sebagai salah satu keajaiban yang
terdapat di Negeri Sembilan dan Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan