Cara politik orang Melayu perlu berubah kalau hendak berdiri
sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa lain. Periksa lampu jalan tak
perlu tunggu ADUN turun padang. Ada masalah sikit mengadu pada ADUN, mengadu
pada YB. Kita rakyat biasa yang prihatin sepatutnya boleh buat, apa lagi JKKK,
Ketua Kampung dan seterusnya.
Mudah saja. Perhatikan lampu jalan sekeliling kita yang
tidak berfungsi. Ambil nombor tiang pada lampu jalan tersebut. Telefon TNB di
talian 15454, nyatakan nombor tiang dan alamat lampu jalan tidak berfungsi.
InsyaALLAH, TNB akan baiki dalam tempoh 48 jam.
Begitu juga mereka yang perlukan bantuan JKM atau Baitul
Mal. Kita boleh tolong semak status bantuan mereka secara online. Cetak
keputusan permohonan dan serahkan kepada pemohon supaya mereka tidak
tertunggu-tunggu keputusan JKM tersebut.
Kalau permohonan mereka ditolak, kita boleh buat aduan terus
ke laman web JKM atau melalui Sistem Pengaduan Awam SPANS di http://spans.gov.my/
Ayuh, kalau kita boleh membantu, boleh membuat perubahan dan
kita mampu, bantulah, sebelum ALLAH tarik nikmat mata, nikmat telinga, nikmat
tangan dan sebagainya daripada kita. Tak perlulah kita kata ini kerja YB, kerja
ADUN, kerja Ahli Parlimen, kerja Imam, kerja Siak, kerja Menteri.
ADUN TURUN PADANG PERIKSA LAMPU JALAN
JELEBU 17 April 2014 - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Klawang, Datuk Yunus Rahmat mengambil pendekatan turun padang waktu malam ke
sekitar taman perumahan bagi mengenal pasti lampu jalan yang tidak berfungsi
dan keperluan pemasangan lampu baharu.
Katanya, program berjalan malam itu bertujuan selari dengan
dasar pencahayaan yang ditetapkan kerajaan negeri dalam usaha menambah bilangan
lampu mengikut keperluan selain menyelenggara lampu yang rosak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan