Kata-kata kita adalah doa. Oleh itu
berhati-hatilah apabila kita berkata-kata, samada ketika bergurau,
gembira atau marah. Ibu bapa haruslah berhati-hati apabila memarahi
anak-anak. Kita tak tahu kata-kata mana ALLAH akan perkenankan doa
kita. Oleh itu sentiasalah berkata-kata yang baik.
Gurau kongsi kubur jadi kenyataan
17 Mei 2014
JEMPOL, N.Sembilan – Gurauan tiga
sahabat mahu dikebumikan dalam satu liang semasa bergotong-royong
membersihkan tanah perkuburan di sini menjadi kenyataan apabila
mereka maut dalam kemalangan membabitkan empat buah motosikal malam
kelmarin.
Salah seorang daripada mereka enggan
menerima upah membersihkan tanah perkuburan tersebut atas alasan dia
juga akan dikebumikan di situ apabila meninggal dunia kelak.
Nahas pada pukul 9.30 malam di Jalan
Besar Felda Palong 9, 10 dan 11 itu mengorbankan Muhammad
Syahreedzwan Mohmad H. Abdullah, 17; Mohamad Aflin Norirfan Md. Jani,
15, dan Muhammad Faizal Jamalludin, 13.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan