KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130328

Muzium Tentera maya adalah perlu untuk generasi kini


Tragedi Lahad Datu telah membangkitkan kembali kenangan silam sejarah tanah air ini dijajah oleh pengganas dari Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun, Komunis dan seterusnya. Namun ianya tidak cukup sekadar hampir setiap saat di kaca televisyen didendangkan lagu Perajurit Tanah Air (Inilah Barisan Kita) nyanyian Jamaludin Alias.

Kita amat kurang filem sejarah pejuang terdahulu, yang masih utuh ialah filem arahan p. Ramlee iaitu filem Sarjan Hassan kisah benar seorang perwira yang berasal dari Negeri Sembilan. Filem Kalabakan yang masih belum siap sepatutnya sudah siap, berkisar kisah benar bagaimana 8 orang perwira kita dari 3 Rejimen Askar Melayu Diraja telah terkorban dalam pertempuran dengan tentera Indonesia di Sabah semasa konfrontasi.

LIMA 2013, sepatutnya disusuli bukan sahaja dengan pembelian aset ketenteraan, ianya sepatutnya diiringi dengan menaik taraf muzium tentera di Malaysia ini.

Di era ICT, Wifi, Internet dan sebagainya, seharusnya muzium tentera ini masuk pula ke era Muzium Tentera maya seperti yang terdapat di negara maju seperti di http://armedforcesmuseum.com/virtual-tour-of-military-museum/

Sejarah ketenteraan di Tanah Melayu menggunakan senjata api bermula dari zaman kesultanan Islam Melaka lagi, namun masih ramai yang tidak mengetahuinya.

Semoga pemimpin kita prihatin untuk menaiktaraf muzium tentera kita di seluruh negara sebagai sebahagian daripada mengenang jasa pejuang terdahulu disamping sebagai tumpuan tarikan pelancong.

Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban,
Untuk ibu pertiwi!

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti!

Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa, Malaysia berjaya!

Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti!

Fakta mengenai Dikir Rebana dan Tarian Piring



Demam Qasidah dengan puji-pujian kepada Allah dan Rasul sedang melanda negara dengan alunan suara merdu Habib Syech Al-Sagoff. Sebenarnya kita di Malaysia ini, khususnya di Rembau ada seni puji-pujian terhadap Nabi kita yang tersendiri, iaitu Dikir Rebana (Zikir Rabbana) yang kebiasannya didendangkan ketika perarakan pengantin dalam majlis perkahwinan. Semoga ada pihak yang mengangkat semula dan mempopularkan kembali Dikir Rebana ini bermula di peringkat sekolah lagi dengan memberi kefahaman sebenar mengenai Dikir Rebana ini.

Sedikit mengenai Tarian Piring yang juga masyhur di Negeri Sembilan, asal Tarian Piring ini dari Sumatera adalah untuk pemujaan dewa pada musim menuai. Namun setelah kedatangan Islam di Minangkabau Tarian Piring tidak lagi untuk persembahan para dewa tapi ditujukan bagi majlis-majlis keramaian yang dihadiri oleh para raja atau para pembesar negeri. Di Negeri Sembilan ianya ditarikan oleh penari lelaki dalam majlis perkahwinan.

DIKIR REBANA DI REMBAU

Dikir Rebana sangat popular di Negeri Sembilan terutamanya di Rembau. Ia adalah muzik berbentuk nyanyian beramai-ramai yang diiringi oleh beberapa buah gendang yang dipanggil rebana yang dimainkan biasanya untuk memeriahkan dan mengarak pengantin, malah untuk mengarak pembesar-pembesar yang datang berkunjung ke satu-satu tempat.

Perkataan “Dikir” besar kemungkinannya berasal dan perkataan Arab “Zikir” yang bermakna rnengingati atau memuji Allah. Ini adalah kerana senikata yang digunakan dalam Dikir Rebana ini kebanyakannya dari Bahasa Arab yang dipetik dari Kitab Berzanji yang isinya memuji kebesaran Allah dan Rasulnya, Nabi Muhammad saw.

Perkataan Rebana pula berkemungkinan juga dari perkataan Arab “Rabbana” yang bermaksud “Tuhan kami”.

Antara lagu permulaan Dikir Rebana ialah Kalimah Syahadah :
“Allah, La-ilaha illa-Allah (2X) – Wa huwa Allah , Allah, Muhamad habibullah”

Antara rangkap Dikir Rebana ialah :

Dua puluh lima rasul pilihan,
Nama tersebut dalam Quran,
Mertabatnya tinggi dilebihkan Tuhan,
Hendak dijazam kita imankan.

Pertama Nabi Allah Adam,
Nabi manusia kafir dan Islam,
Ditempah Jibril tanah segenggam,
Asal mulanya Darul Salam.


Sejarah Asal Usul Tari Piring

Tari Piring atau dalam bahasa Minangkabau disebut dengan Tari Piriang, adalah salah satu jenis Seni Tari yang berasal dari Sumatra Barat yaitu masyarakat Minangkabau disebut dengan Tari Piring karena para penari saat menari membawa piring.

Pada awalnya dulu kala Tari Piring diciptakan untuk memberi persembahan kepada para dewa ketika memasuki masa panen, tapi setelah datangnya agama Islam di Minangkabau Tari Piring tidak lagi untuk persembahan para dewa tapi ditujukan bagi majlis-majlis keramaian yang dihadiri oleh para raja atau para pembesar negeri, Tari Piring juga dipakai dalam acara keramaian lain misalnya seperti pada acara pesta perkawinan.

20130327

Kajian keperwiraan pejuang Rembau menentang pengganas Portugis dan Belanda perlu dilakukan





Satu kajian ilmiah terhadap peranan orang Minangkabau dan orang Asli dari suku kaum Jakun yang bertapak di Rembau dengan teknologi persenjataan logam dan senjata api yang canggih pada ketika itu dalam usaha untuk menghalau pengganas Portugis dan Belanda setelah kejatuhan kerajaan Islam Melaka perlu dilakukan.

Mitos mengatakan bahawa pemerintah dari Minangkabau adalah merupakan putera kepada Iskandar Zulkarnain seorang pemimpin dan panglima perang yang hebat yang telah mengurung kaum Yakjuj dan Makjuj dengan membina benteng dengan teknologi logam yang begitu hebat yang hanya akan dapat dipecahkan dengan izin Allah sebelum kiamat sepertimana yang diceritakan dalam Al Quran.

Fakta sejarah penentangan orang Rembau terhadap pengganas Portugis dan Belanda ;

1540 - Si Rama bin Datuk Lela Balang @ Datuk Gempa Maharaja dikerjankan sebagai Undang Rembau yang pertama di Kampung Kota

1586 - Utusan daripada Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Ri’ayat Shah (1570 – 97) menemui Datuk Sedia Raja Ambo meminta bantuan menyerang Melaka. Orang Rembau membakar dan memusnahkan harta benda di sekitar tebing Sungai Melaka serta menyekat lalu lintas makanan keluar masuk ke Melaka. Orang Portugis sampai ke sempadan Rembau – Naning. Mereka dipimpin oleh a’Azambuja

Kampung Tanjung - Di kampung ini terletaknya balai kediaman Dato’ Sedia Raja Ambo bin Dato’ Lela Maharaja Si Rama, Penghulu Rembau ke 2 (1555-1606). Pada tahun 1586, utusan Sultan Ali Jalla Abdul jalil Ria’yat Shah, Sultan Johor (1570-57) telah datang menemui Dato’ Ambo meminta bantuan menyerang Portugis di Melaka. Pada tahun 1586, utusan d’Azambuja, pemerintah Portugis di Melaka datang menemui Dato’ Ambo.

Kampung Tengah - Balai kediaman Dato’ Sedia Raja Pandak, Penghulu Rembau ke 4 (1620-1645) terletak di kampung ini. Dalam bulan Februari 1642, Syahbandar Belanda di Melaka, Jan Janz Menie berkunjung ke balai kediaman Dato’ Pandak menuntut orang Portugis yang dijadikan hamba oleh orang Rembau serta barang rampasan perang dikembalikan kepada pihak Belanda. Tuntutan ini tidak dilayan oleh Dato’ Pandak.

1640, 27 Oktober - Rembau menghantar seramai 500 orang tentera dalam serangannya ke atas Melaka.

1641, 14 Januari - Melaka jatuh ke tangan Belanda

1644, 5 Februari - Forsenburgh dan Menie datang menemui Datuk Pandak di Rembau. Pergaduhan antara Rembau dan Belanda berlaku. Semua orang Belanda termasuk Forsenburgh dan Menie mati terbunuh.

1644, 7 Februari - Gabenor van Vliet dan pasukannya diserang hendap oleh orang Rembau. Belanda berundur ke Melaka dan meninggalkan peti berisi wang berjumlah 13,000 rial.

1644, Ogos - Sekumpulan enam orang pengintip Rembau-Naning di bawah pimpinan Hitam berjaya mengumpulkan seribu orang tentera untuk melanggar Melaka.

1644 Ogos - Orang Rembau-Naning di bawah pimpinan Hitam berjaya menawan Bukit Cina, Melaka.
1645 - Tentera Rembau-Naning mengalahkan Belanda di Melekek

1677 - Raja Ibrahim, putera raja Minangkabau sampai ke Rembau

1677, April - Raja Ibrahim dengan diiringi oleh 3,770 orang pengikut bersedia menyerang Melaka. Raja Ibrahim berjaya menawan beberapa kawasan di pinggir bandar Melaka

1677, Jun - Raja Ibrahim mengadakan beberapa rundingan dengan Sultan Kuantan, Sumatera untuk mengadakan pakatan atas dasar keturunan Minangkabau menyerang Belanda di Melaka. Mereka gagal mencapai kata sepakat.

1678 - Raja Ibrahim membuat pemuafakatan dengan orang Bugis dan Makasar di Kelang atas dasar seagama untuk menyerang Belanda di Melaka

“Portugis dan Belanda menyatakan bahawa negeri Rembau adalah merupakan kuasa utama di bahagian pedalaman Melaka, dan kedua-dua pihak (Portugis dan Belanda) telah kerap kali bertempur dengan “pemberontak Minangkabau ini”. Kubur seorang askar Portugis yang terbunuh dalam salah satu pertempuran tersebut telah dijadikan tanda sempadan antara Melaka dan Tampin hingga ke hari ini.
( “By both the Portuguese and the Dutch, the State of Rembau was regarded as the principal power in the Malacca hinterland, and both had many a battle with the “rebellious Menangkabowes” The grave of a Portuguese soldier killed in one of these skirmishes is a boundary mark between Malacca and Tampin to this day”.)

Orang Minangkabau adalah pakar dalam pembuatan logam terutama besi dan tembaga untuk membuat senjata api seperti senapang dan meriam, lebih lama sebelum kedatangan tentera penceroboh Eropah ke Nusantara ini.
(The Minangkabau have a long history of brassworking and forging iron weapons and farm tools. They used cannons and bored matchlocks long before Europeans arrived.)

The arms manufactured by the Bugis are in great repute among the Malays ; also those made at Menangkabowe, particularly the matchlocks and swords ; and those of Rumbowe in the Peninsula. Rumbowe is celebrated for a particular sort of kris, called " Guloh Rumbowe." The Malays of Malacca ascribe the introduc- tion of the kris to the celebrated Hong Tuah, who flourished in the reign of Mansur Shah

At Menancabo excellent poniards made, called creeses; best weapons of all the orient. Islands along the coast of Sumatra, called islands of Menancabo." ARGENSOLA, 1609. "A vessel loaded with creeses manufactured at Menancabo and a great quantity of artillery; a species of warlike machine known and fabricated in Sumatra many years before they were introduced by Europeans

Senarai Undang Rembau :

  1. 1540 - 1555 Dato' Sri Rama bin Datuk Lela Balang (Waris Jakun)
  2. 1555 - 1605 Dato' Ombo [Amba] bin Dato Lela Maharaja Si Rama
  3. 1605 - 1620 Dato' Lenggang [Genggang] (Waris Jakun)
  4. 1620 - 1645 Dato' Pandak (Waris Jawa)
  5. 1645 - 1660 Dato' Uban [Putih Kepala] (Waris Jakun)
  6. 1660 - 1690 Dato' Sagah (Waris Jawa)
  7. 1690 - 1725 Dato' Kurup (Waris Jawa)
  8. 1725 - 1750 Dato' Sabat [Sobok] (Waris Jawa)
  9. 1750 - 1790 Dato' Lulinsoh ['Uban] (Waris Jakun)
  10. 1790 - 1795 Dato' Pekak (Waris Jawa)
  11. 1795 - 1812 Y.A.M. Dato' Kusil bin Dato' Lela Maharaja Uban (Waris Jakun)
  12. 1812 - 1819 Y.A.M. Dato' Bogok [Bahago] (Waris Jawa)
  13. 1819 - 1838 Y.A.M. Dato' Nganit [Reneh] (Waris Jakun)
  14. 1838 - 1871 Y.A.M. Dato' Akhir (Waris Jawa)
  15. 1871 - 1883 Y.A.M. Dato' Haji Sahil (Waris Jakun)
  16. 1883 - 1905 Y.A.M. Dato' Sarun bin Saidin (Waris Jawa)
  17. 1905 - 1922 Y.A.M. Dato' Haji Sulung bin Miah (Waris Jakun)
  18. 1922 - 1938 Y.A.M. Dato' Abdu'llah bin Haji Dahan (Waris Jawa)
  19. 1938 - 1962 Y.A.M. Dato' Haji Ipap bin 'Abdu'llah (Waris Jakun)
  20. 1962 - 1998 Y.T.M. Dato' Haji Adnan bin Haji Ma'ah (Waris Jawa)
  21. 1999 Y.T.M. Haji Muhamad bin Sharif Othman, Dato' Lela Maharaja, 21st Undang Luak of Rembau.


20130326

Jom Gegar Senawang dengan Selawat dan Qasidah


MALAM CINTA RASUL
Tarikh : 29 Mac 2013, Jumaat
Masa : 9 malam
Tempat : Dataran Senawang

Bersama tetamu istimewa :
Ustaz Khusairi Hamthan – Pendakwah N9 / Vokalis Utama Kumpulan Burdah Al-Ulah Siaran Cinta Ilmu TV Hijrah / Pentazkirah Radio Negeri FM / Anak murid Tuan Guru Sheikh Nuruddin Al Banjari

Turut diadakan : Pertandingan dan Persembahan Nasyid Pelajar Sekolah

Semua dijemput hadir

20130322

SPM 2012, Sek Men Agama Rembau hebat tapi terpinggir


Sekolah Menengah Agama Rembau terletak di tengah pekan Rembau. Walaupun terletak di pusat pentadbiran Rembau, namun Sekolah Menengah Agama Rembau ini terpinggir dari segi infrastrukturnya. Namun ini tidak menghalang pelajar, guru dan kakitangannya untuk melahirkan pelajar yang cemerlang. Sekolah Menengah Agama Rembau satu-satunya sekolah agama yang tiada padang permainan, tiada makmal sains di daerah Rembau ini.

Dalam tiada makmal sains, tiada padang permainan sekolah ini telah mendapat keputusan 100% bagi matapelajaran sains. Tahun lepas merupakan tahun ketiga bagi pelajar-pelajar SMA Rembau menduduki peperiksaan SPM. Dalam masa tiga tahun, SMA Rembau telah berjaya menunjukkan peningkatan yang luar biasa. Tahun 2012, GPS telah meningkatkan daripada 3.99 (2011) ke 3.1. Malah kesemua subjek mendapat 100% lulus. Seorang pelajar mendapat 10A 1B. SMA Rembau berada di kedudukan nombor 11 bagi seluruh Negeri Sembilan, nombor 3 bagi sekolah menengah agama dan nombor 2 bagi daerah Rembau selepas Sekolah Menengah Sains Rembau.

Bukan setakat itu, sekolah ini juga tidak mempunyai padang sekolah berjaya melahirkan atlit-atlit yang cemerlang di peringkat daerah dan mewakili negeri di peringkat kebangsaan. Itulah semangat. Itulah keinginan. Dengan semangat dan keinginan untuk berjaya, Pengetua dan warga kerja SMA Rembau telah berjaya mendidik pelajar-pelajar agar kekurangan bukanlah punca kegagalan.

TANAH MILIK JABATAN PELAJARAN PERLU DIJADIKAN PADANG SEKOLAH.

KASIHAN MELIHAT PELAJAR-PELAJAR ASRAMA BERMAIN BOLA DI PADANG TEMPAT LETAK KERETA. JIKA HUJAN KAWASAN INI AKAN DIPENUHI AIR DAN LECAK.

20130320

Patah tumbuh, hilang belum berganti ; Undang Rembau ke 18

Dato Abdullah bin Hj Dahan telah dilantik sebagai Undang Rembau ke 18 dari 1922 hinga 1938. Beliau belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Pada tahun 1922 Dato Abdullah telah dilantik sebagai Undang Rembau menggantikan Dato Haji Sulong bin Ambia. Beliau adalah orang yang berani, lantang dalam tahun 1920an dan 1930an, ketika tiada siapa yang berani bersuara terhadap orang Inggeris.

Penulisan British ada menyatakan beliau dilantik sebagai Undang Rembau pada usia 17 tahun dengan kebolehan yang luar biasa, bercita-cita tinggi, pintar dan mempunyai kesungguhan tinggi.

Perjuangan Dato Abdullah adalah melalui memorandum, petisyen rasmi dan dalam majlis persidangan. Beliau adalah orang yang paling kuat melobi untuk ditubuhkan beberapa sekolah perdagangan dan institusi berbahasa Inggeris supaya lebih ramai anak Melayu dapat menjadi pentadbir yang baik serta menjawat jawatan professional.

Perubahan yang dilakukan oleh Dato Abdullah bukan sahaja di bidang pendidikan. Bahkan beliau banyak membantu menubuhkan beberapa koperasi dan persatuan di Negeri Sembilan untuk membangunkan masyarakat Melayu ketika itu. Beliau juga sentiasa menasihatkan orang-orang kampung agar meninggalkan amalan khurafat dan syirik yang dikaitkan dengan roh-roh setempat.

Dato Abdullah juga adalah antara orang yang menyuarakan penubuhan pasukan Askar Melayu. Usaha ini bermula semenjak tahun 1920an lagi. Pada tahun 1933 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan - Tunku Muhamad ibni Yam Tunku Antah, Sultan Perak - Sultan Alang Iskandar Shah, Raja Di Hilir Perak - Raja Sir Chulan dan Undang Rembau - Dato Abdullah bin Haji Dahan telah menyuarakan hasrat menubuhkan pasukan Askar Melayu.

Apabila Zaman Kemelesetan berlaku pada tahun 1929, pihak British memberhentikan ramai pekerja, Dato Abdullah memberi amaran kepada British, jangan sentuh pekerja Melayu. Dari cadangan tersebut pendatang asing harus dibuang kerja terlebih dahulu.

Berikut adalah beberapa jasa-jasa dan keperibadian Dato Abdullah bin Hj Dahan, Undang Rembau yang ke 18 :

1. Mencadangkan mewujudkan Tanah Simpanan Melayu untuk melindungi tanah orang Melayu yang telah banyak jatuh ke tangan bangsa asing.

2. Dalam tahun 1927, merayu agar kerajaan menambah jumlah Tanah Simpanan Melayu hingga boleh menguruskan perjalanan estes-estet yang lebih luas (konsep tanah rancangan FELDA).

3. Menyarankan kerajaan perlu memberi bantuan dari segala segi kepada orang Melayu memandangkan kemunduran ekonomi pertanian orang-orang Melayu. Salah satu dari bantuan yang diberi harus berupa pembinaan taliair yang sesuai.

4. Syarikat kerjasama harus didirikan untuk menghindar kemasukan peminjam-peminjam wang yang dianggap membahayakan ekonomi orang-orang Melayu di kampung.

5. Pada tahun 1932 beliau menulis panjang lebar mengenai Syarikat Kerjasama, Tujuan dan Kewajipan Syarikat, Cara Mentadbir dan membangunkannya serta Harta-harta Syarikat dan Hak-hak Ahli.

6. Menyarankan agar kehadiran kanak-kanak perempuan ke sekolah diwajibkan, sebuah sekolah perempuan Melayu dibina di Kg Tanjung pada tahun 1923. Kemudioan Sekolah Perempuan Kg Chembong ditubuhkan pada tahun 1933.

7. Sekolah pertukangan (trade school) didirikan berhampiran pekan Rembau pada tahun 1933 atas inisiatif beliau.

8. Mendesak mutu pelajaran Inggeris di sekolah seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Sekolah King George V harus ditingkatkan

9. Mahukan agar murid-murid Melayu di Sekolah King George V Seremban diberi peluang memasuki kelas Junior Cambridge dan seterusnya mengambil peperiksaan Junior Cambridge.

10. Menyuarakan ketidakseimbangan antara bilangan anak-anak atau saudara mara pembesar, raja dan waris negeri yang diberi peluang belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar

11. Mencadangkan agar seorang guru Melayu fasih berbahasa Melayu dan Inggeris mengajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar supaya murid-murid di Kolej itu dapat pengajaran bahasa Melayu yang bermutu tinggi.

12. Mendesak lebih ramai pegawai Melayu dimasukkan ke semua Jabatan Kerajaan seperti Perbendaharaan, Perdagangan, Kastam dan Jabatan Kehutanan.

13. Mencari peruntukan membina masjid Kg Chembong 1928

14. Pada tahun 1920an beliau menubuhkan tabung untuk perbelanjaan melanjutkan pelajaran untuk anak Rembau ke institut pengajian tinggi yang dikenalil sebagai Waris Fund.

15. Menyuarakan supaya Adat Perpatih dibukukan dan demi kepentingan rakyat Rembau pemilihan Dato Lembaga itu hendaklah dari kalangan yang terbaik, berilmu dan bertanggungjawab.

16. Cuba merubah kedudukan Dato-Dato Lembaga dengan menjadikan mereka yang berpendidikan dan berperibadi tinggi , penghulu mukim.

17. Mendapat persetujuan Dato-Dato Lembaga agar harta carian dibahagi mengikut Islam.

18. Semasa menasihati Dato-Dato Lembaga, bercadang menghapuskan sistem suku di Rembau seandainya Dato-Dato yang korup itu tidak mahu mengubah pendirian.

19. Menasihat Dato-Dato Lembaga supaya merubah sikap mementingkan diri serta rasuah. Kalau tidak juga mahu berubah, beliau mencadangkan Dato-Dato Lembaga itu meletakkan jawatan sahaja.

20. Beliau adakalanya berjalan kaki ke balai Undang dari rumah beliau di Chembong sejauh 2 km, beliau sampai awal pagi ke pejabat sebelum pekerja lain sampai.

21. Beliau suka melihat susunan pejabat yang kemas, rapi dan teratur.


20130319

KELAS TAHFIZ MADRASAH ISLAMIAH HAJI IBRAHIM


KELAS TAHFIZ MADRASAH ISLAMIAH HAJI IBRAHIM
Rembau, Negeri Sembilan

A. TEMPOH PENGAJIAN 3-4 TAHUN
- Tahun Pertama : Menghafal sehingga Juzuk 7
- Tahun Kedua : Menghafal sehingga Juzuk 18
- Tahun Ketiga : Menghafal sehingga Juzuk 30
* Pencapaian hafalan adalah tertakluk kepada kemampuan pelajar. Sekiranya pelajar menghabiskan hafalan lebih awal,maka adalah sangat baik.

B. SYARAT KEMASUKAN
- Umur tidak kurang daripada 10 tahun dan boleh hidup berdikari
- Berminat untuk menghafal Al-Quran
- Boleh membaca Al-Quran dengan baik
- Lulus temuduga

C. PAKAIAN RASMI ; JUBAH PUTIH DAN BERSERBAN

D. CUTI TAHUNAN
- Boleh balik ke rumah sebulan sekali (Sabtu dan Ahad)
- Cuti Tahunan ( 25 Ramadhan sehingga 10 Syawal )
- Cuti Pertama ( Raya Haji –Seminggu)
- Cuti Kedua ( Maulidurrasul – Seminggu )
- Cuti Ketiga ( Jamadil Akhir – Seminggu )

E. YURAN RM 200 (bagi yang mampu,sekira tidak mampu boleh dirunding)

F. Terhad 16 orang pelajar

G. HUBUNGI USTAZ MOHD KHAIRUDDIN 012-3752240 ATAU USTAZ MUHAMMAD AFIQ 017-2138006

20130316

Menteri Besar N.Sembilan pertama dari DUN Kota, Parlimen Rembau


Rembau telah melahirkan ramai tokoh pemimpin negara, bangsa serta ulama. Namun generasi kini terutama anak Rembau tidak diketengahkan akan jasa-jasa pemimpin terdahulu. Mungkin ramai anak Rembau yang tidak tahu bahawa Menteri Besar Negeri Sembilan yang pertama setelah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 berasal dari Kg Chengkau Ulu, Rembau. Kg Chengkau Ulu ini ialah kampung arwah atok saya sebelah ayah, Dato Kamaruddin bin Abdullah.

Saya tanya makcik saya apa kena mengena Menteri Besar N.Sembilan yang pertama Tun Abdul Malek Yusof dengan atok. Makcik saya kata Tun Abdul Malek itu ialah ayah saudara kepada atok saya. Dan dulu atok ada bawa kami ke rumah Tun Abdul Malek di Melaka semasa Tun Abdul Malek menjadi Gabenor Melaka selama 3 penggal.

Sahabat saya seorang aktivis adat, budaya dan sejarah Negeri Sembilan mengatakan kini rumah Tun Abdul Malek di Kg Tanah Datar, Chengkau dalam keadaan yang terbiar. Biar berkata betapa perlunya rumah Tun Abdul Malek ini dan banyak lagi tempat di Rembau ini perlu dipulihara kerana mempunyai nilai sejarah yang begitu tinggi.

Rozmal bin Malakan http://rozmal.blogspot.com

Tun Abdul Malek Yusuf (1899 - 1977)

Allahyarham Tun Hj. Abdul Malek bin Yusuf merupakan Menteri Besar Negeri Sembilan yang pertama dilantik bagi negeri ini. Allahyarham memgang jawatan tersebut dari 1hb Februari 1948 hingga tahun 1953. Allahyarham kemudiannya menjadi Tuan Yang DiPertua (Gabenor) Melaka dari 31hb Ogos 1963 hingga 31hb Ogos 1971.


Yang Di-Pertua Negeri Melaka Kedua
TYT TUN HAJI ABDUL MALEK BIN YUSOF
(31 Ogos 1959 – 30 Ogos 1971)

Tun Haji Abdul Malek bin Yusuf, Dato' Maha Kurnia merupakan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka yang kedua. Beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 31 Ogos 1959 dan berkhidmat selama tiga penggal.

Allahyarham Tun. Hj. Abdul Malek bin Yusuf merupakan anak lelaki tunggal daripada tiga orang adik beradik. Dilahirkan pada tahun 1899 di Kampung Chengkau, Rembau, Negeri Sembilan dan dibesarkan dalam kehidupan kampung.

Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Chengkau, Negeri Sembilan pada tahun 1907 seterusnya melanjutkan pelajarannya di peringkat tinggi di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1910.

Tun Hj. Abdul Malek telah mendirikan rumahtangganya dengan Puan Khatijah bte Ahmad dan mereka dikurniakan dua orang cahayamata iaitu Halimah dan Habibah. Walau bagaimanapun, isterinya telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1950. Selepas itu, beliau berkahwin dengan isteri keduanya, Toh Puan Fatimah bte Ismail pada tahun 1964. Toh Puan Fatimah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Langat dan Sekolah Melayu Kajang.

Antara jawatan yang pernah disandang oleh Tun Hj. Abdul Malek ialah :
1948-1953 – Menteri Besar Negeri Sembilan
1957-1959 – Speaker Majlis Perundangan Persekutuan (menggantikan Yang Mulia Raja Tun Uda sehingga 27 Jun)


SPITFIRE RAID IN MALAYA
Large-Scale Attack On Rebel Area
A.A.P.-Reuter SINGAPORE, Aug. 16. 1948

Two hand grenades have been found in the past 24 hours in the compound of the home in Seremban of Abdul Malek Bin Yusuf, Prime Minister of Negri Sembilan.


Persekutuan Tanah Melayu

Perjanjian Persekutuan telah digubal oleh Sidang Pleno Inggeris-Melayu sejak antara Jun-Disember 1946. Di akhir mesyuaratnya Sidang Pleno telah menghasilkan apa yang dikenali sebagai Blue Book setebal 100 muka surat.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 21 Januari 1948 di King House dan diumumkan oleh kerajaan British . Perjanjian ini ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu, dan Sir Edward Gent, sebagai wakil Kerajaan British . Perjanjian ini adalah sebagai persediaan ke arah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Perjanjian ini penting kerana ia memansuhkan Malayan Union dan menyatukan negeri-negeri Melayu dalam sebuah Persekutuan untuk pertama kali. Kedudukan Raja-Raja Melayu juga telah dikembalikan.

Antara 1946 - 1948, 11 negeri ini membentuk tanah jajahan British yang dipanggil Malayan Union. Disebabkan bantahan orang Melayu yang dipimpin oleh Dato Onn Jaafar, Malayan Union dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu, yang mengembalikan kedudukan simbolik raja-raja Melayu. Malayan Union dibubarkan secara rasmi pada 21 Januari 1948.

Dalam Perjanjian Persekutuan ini, walaupun negeri-negeri Melayu menjadi negeri naungan British, Pulau Pinang dan Melaka kekal menjadi tanah jajahan. Seperti Malayan Union, persekutuan ini tidak dianggotai Singapura, yang sebelum ini dianggap sebagai sebahagian dari Malaya.

Persekutuan Tanah Melayu ini mendapat kemerdekaan daripada Negara-negara Komanwel British pada 31 Ogos 1957. Pada 1963, Persekutuan tanah Melayu bersama-sama dengan Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (yang dinamakan semula sebagai Sabah) membentuk sebuah persekutuan baru bernama Malaysia. Singapura kemudiannya dikeluarkan dari Malaysia dan membentuk sebuah republik sendiri pada 9 Ogos 1965.

20130315

Arak hanya diharamkan dalam tentera Malaysia sejak tahun 1998


Peristiwa Lahad Datu mengingatkan kembali nostalgia saya terhadap arwah ayah saya dan moyang saya Undang Rembau, Dato Abdullah bin Hj Dahan yang merupakan salah seorang pengasas Rejimen Askar Melayu . Mungkin ramai antara orang Melayu di Malaysia ini tidak tahu pada tahun 60an, 70an, 80an, arak di mes-mes dalam kem tentera adalah merupakan kebiasaan dan kemestian.

Usaha pertama untuk membuang arak dari kem yang didiami oleh tentera yang beragama Islam dilakukan oleh arwah saya ketika dia mula-mula dilantik menjadi Pegawai Memerintah 16 RAMD , Kem Pengkalan Chepa, Kelantan pada tahun 1976.

Ayah saya pada ketika itu mengumpulkan semua pegawai-pegawainya dan berkata kepada pegawai dibawah arahannya dan memberitahu mereka “Kita ni Askar Melayu, beragama Islam, kenapa perlu ada arak di mes kita, dalam kem kita. Semua pegawai-pegawai selepas itu bersetuju untuk membuang semua arak di kem tersebut”

Apabila MINDEF dapat tahu tindakan arwah ayah saya. Ayah saya telah dipanggil mengadap Panglima Angkatan Tentera pada ketika itu. Ayah saya pun berhujjahlah dengan PAT pada ketika itu. Kemudian ayah saya kembali bertugas dan tiada apa-apa tindakan susulan atau tindakan disiplin. Sejak dari itu 16 RAMD bebas arak.

Saya tak pasti samada DYMM Yang Dipertuan Agong pada ketika ini masih ingat peristiwa tersebut, kerana Baginda ada melakukan lawatan rasmi di Kem Pengkalan Chepa pada tahun 1976-77.

Saya rasa berbangga kerana secara rasminya arak diharamkan di semua kem tentera oleh seorang anak Rembau dari DUN Kota iaitu Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Ismail bin Haji Omar pada 19 September 1998 yang merupakan Panglima Angkatan Tentera pada ketika itu.

Panglima Angkatan Tentera yang panggil ayah saya di MINDEF isu pembuangan arak dari mes telah meninggal dunia seminggu sebelum ayah saya meninggal dunia pada tahun 2011.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kedua-dua mereka yang merupakan perwira negara.

Sesungguhnya tarikh 16 September bukan hanya tarikh hari pembentukan Malaysia tapi adalah tarikh pembebasan arak dari kem tentera.

Rozmal bin Malakan http://rozmal.blogspot.com

Menyingkap riwayat hidup Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Ismail bin Haji Omar, beliau telah dilahirkan pada 29 April 1941 di Kampung Mungkal, Kota, Negeri Sembilan. Kota terletak di dalam Daerah Rembau yang kaya dengan budaya dan terkenal dengan Adat Perpatih .

Khidmat bakti Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Ismail tidak terhenti apabila pada 16 September 1998, beliau telah membuat pengumuman bahawa berkuatkuasa dari tarikh itu yang bersamaan dengan sambutan ulangtahun ATM ke-65, ATM mengharamkan arak kepada semua anggota-anggota tentera di ketiga-tiga perkhidmatan Darat, Laut dan Udara. Pengharaman tersebut meliputi samada kegiatan meminum, menjual dan memilikinya dalam mana-mana premis atau kawasan tentera.

Walaubagaimana pun pengharaman ini dikecualikan kepada anggota-anggota tentera yang bukan beragama Islam.

Dengan pengharaman ini ATM muncul sebagai agensi kerajaan yang ulung menguatkuasakan peraturan seumpama ini sesuai dengan dasar penerapan nilai-nilai Islam dalam kerajaan.

Langkah yang diambil oleh Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Ismail dalam meninggikan syiar Islam amat besar maknanya kepada seluruh warga ATM yang beragama Islam.

Aritkel penuh kisah hidup Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Ismail bin Haji Omar di http://www.harimaumalaya.mil.my/MANTAN%20PTD%20from%202%20RAMD/16.PTD14.pdf

Projek filem 8 orang perwira yang gugur di Sabah lama tertangguh

 
Projek filem 8 orang perwira yang gugur di Sabah lama tertangguh
22 Mac 2011

Produksi 1963: Kalabakan masih menunggu lampu hijau dapatkan dana

WALAUPUN kerja pra-produksi bagi pembikinan cereka sejarah, 1963: Kalabakan, sudah diselesaikan, filem terbitan syarikat KalamAriff Holdings Sdn Bhd itu belum dapat dimulakan penggambarannya kerana pihak produksi masih menunggu keputusan mendapatkan geran kerajaan.

Selepas menghantar kertas cadangan dan dipanggil membentangkan projek filem yang mengambil lokasi di Tawau, Sabah itu pada November lalu, hingga kini mereka belum mendapat sebarang jawapan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

Jika tiada kata putus, filem bersandarkan tragedi yang berlaku 48 tahun lalu di Kalabakan, Tawau, sempadan antara Sabah dan Kalimantan membabitkan pembunuhan lapan askar Melayu yang diserang hendap musuh ketika solat Maghrib masih tertangguh.

Peristiwa hitam itu berlaku sesudah tercetusnya konflik Ganyang Malaysia akibat isu politik antara negara ini, Indonesia dan Filipina, berikutan cadangan penubuhan Malaysia yang menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (Sabah) serta Sarawak.

Pengarahnya, Jurey Latiff Rosli berkata, penghasilan filem berkaitan sejarah perlu dilakukan secara teliti kerana ia memerlukan kajian mendalam supaya tidak memesongkan fakta, malah memerlukan kos tinggi dari segi latar lokasi, props dan kostum yang harus dipadankan dengan situasi asal.

Dana ini amat penting bagi kami kerana kerajaan juga menggalakkan penghasilan filem kenegaraan dan apabila pihak berkaitan mengambil masa panjang hingga berbulan-bulan untuk mempertimbangkan keputusan, ia memberi kesan terhadap produksi ini.

Ikut perancangan asal jika penggambaran dapat dimulakan pada Mac, filem ini diharap dapat menemui khalayak pada 16 September ini bertepatan sambutan Hari Malaysia. Namun nampaknya jadual yang dirancang sudah ‘lari’ jauh,” katanya dengan nada sedikit terkilan.

Tanpa sebarang niat mahu mendesak, pengarah filem Libas itu berharap FINAS tidak melengahkan lagi keputusan kerana daripada penerangan selepas sesi pembentangan kertas kerja 1963: Kalabakan, difahamkan proses terbabit hanya dalam tempoh dua minggu hingga sebulan.

Katanya lagi, pihaknya tertanya-tanya mengenai status permohonan itu. Walaupun tidak bertanya secara rasmi, sebaliknya hanya sekadar menghubungi individu tertentu di perbadanan itu, dimaklumkan kertas kerjanya kini sudah berada pada peringkat tertinggi untuk diperhalusi.

Kami anggap semua ini sebahagian daripada dugaan untuk merealisasikan sejarah hitam Kalabakan. Kami mahu generasi masa kini mengetahui semangat pahlawan di Kalabakan dan menyoroti semula perjuangan anak bangsa dari perspektif sebenar.

Sekurang-kurangnya geran ini juga menjadi bukti sokongan jitu kementerian berkaitan terhadap usaha ini apatah lagi Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Negeri Sabah juga sedia memberikan kerjasama memastikan 1963: Kalabakan direalisasikan,” katanya.

Rosyam antara pelakon pilihan

AKUI Jurey lagi, produksi terbabit turut mempunyai modal dan berusaha mencari penaja, tetapi masih mengharapkan geran atau pembiayaan apatah lagi bagi filem bercorak sedemikian, sekurang-kurangnya suntikan dana mampu melegakan penerbit.

Jika memikirkan keuntungan lebih baik kita ikut arus semasa - buat filem komersial yang pasti jika tidak box-office, tetap balik modal. Filem 1963: Kalabakan tetap mahu diterbitkan tahun ini kerana ia mempunyai nilai sentimental yang sewajarnya dikongsi bersama.

Kami tidak akan patah semangat. Bagai dijanjikan penerbitnya dulu, kita tidak akan berkompromi dalam soal kualiti mahu pun penghasilan keseluruhan filem ini kerana alang-alang membuat filem kenegaraan, biarlah ia jadi warisan hingga anak cucu,” katanya lagi mengenai filem yang turut menggunakan teknik imejan janaan komputer (CGI) itu.

Skrip 1963: Kalabakan disempurnakan Martias Ali manakala lokasinya 100 peratus di tapak kawasan tragedi sekitar Tawau, malah bagi mendapatkan gambaran sebenar, selain meninjau set pada Ogos lalu, rombongan Jurey turut bertemu dengan saksi insiden berkenaan untuk mendapatkan gambaran sebenar.

Bagi menambah rencah kronologi penceritaan, elemen komersial tidak diketepikan apabila diselitkan juga fantasi dan cinta yang menjurus kepada nilai persahabatan, kasih sayang dan kemanusiaan, supaya tidak menjadi seperti dokumentari.

Mengenai barisan tunjang utama, Jurey berkata Rosyam Nor antara aktor yang menjadi pilihannya selain beberapa nama lain seperti Zamarul Hisham dan Zul Huzaimy. Namun segala-galanya belum ditentukan kerana menunggu keputusan daripada FINAS.

20130313

Amat terharu askar yang gugur di Sabah, ada kaitan dengan ayah


Saya amat-amat terharu apabila mendengar berita 2 orang perwira kita gugur di Sabah. Prebet Ahmad Hurairah Ismail dari 7 RAMD gugur ketika bertempur. Arwah ayah saya pernah menjadi Penolong Ketua Kompeni juga di 7 RAMD tahun 1966. Ayah juga bertempur ketika itu dengan pengganas dari Indonesia dan berjaya membunuh 2 orang pengganas di Kalabakan yang menceroboh negara.

Perwira kita yang kedua ialah Prebet Ahmad Farhan Ruslan dari 3 RAMD. Ayah saya pernah menjadi Ketua Platun 3 RAMD pada tahun 1961.

Memang debaran isteri-isteri dan anak-anak perajurit yang berada di perbatasan. Hanya Allah yang melindungi mereka.

Antara pengorbanan keluarga perajurit ialah mereka sering berpindah randah. Disebabkan ayah sering dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat, dari satu kem ke satu kem, hampir setiap tahun kami sekeluarga berpindah randah. Sampaikan saya sukar mengingati kawan-kawan sekolah saya yang lama, kerana saya penah bersekolah di 6 buah sekolah rendah dan 4 buah sekolah menengah.

Ajal maut ditangan Tuhan. Arwah ayah saya terlalu berani semasa dalam tentera, hinggakan saya takut dia akan maut ketika bertempur. Ayah saya tidak mati di medan pertempuran, dia menemui ajalnya di atas katil di Hospital Seremban. Sebelum meninggal dunia , ayah saya berkata kepada emak saya, “Semuanya sudah tertulis di lauh mahfuz”.

Salam perjuangan untuk semua perajurit kita.

Rozmal bin Malakan

Seorang askar gugur, tiga pengganas maut
13 Mac 2013

LAHAD DATU - Ops Daulat yang masuk hari kelapan semalam menyaksikan seorang lagi anggota pasukan keselamatan terkorban manakala tiga pengganas mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk berdekatan Kampung Tanjung Batu di sini. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, anggota keselamatan yang terkorban ialah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari pasukan 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Tawau manakala seorang lagi anggota tentera yang berusia 35 tahun mengalami kecederaan di pipi dan dirawat di Hospital Tawau.

Prebet maut trak jatuh gaung
13 Mac 2013

Lahad Datu - Seorang anggota tentera berpangkat prebet maut selepas trak yang dipandu hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 36, Jalan Lahad Datu-Tungku dekat Cenderawasih di sini semalam. Kejadian pada pukul 7.30 pagi itu mengorbankan Ahmad Farhan Ruslan dari Batalion 3 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Sandakan.

Agong ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Ahmad Hurairah
KUALA LUMPUR 12 Mac - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada anggota keluarga Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail yang gugur sewaktu melaksanakan tugas Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah.

Senarai sekolah saya bersekolah :

1972 : SK Larkin , Johor (PULADA)
1972 - 1973 : St Thomas Primary , Kuching, Sarawak (3 Briged)
1974 : SK Padang Tembak, KL (MINDEF-Highgate)
1975 : SK Kem Kabota, Tawau, Sabah (6 RAMD)
1976 : SK Tanjung Aru, Kota Kinabalu (5 Briged)
1976 - 1977 : SK Sultan Ismail, Kota Bharu (16 RAMD)
1978 : SMK Dato Permaisuri, Miri, Sarawak (16 RAMD)
1979 : SMK Batu Lintang , Kuching, Sarawak (1 Divisyen)
1980 : Victoria Institution, KL (2 Divisyen)
1981 - 1982 : SDAR, Seremban (508 AW)

20130312

20130311

Sulu serta masyarakat Minangkabau yang membawa keamanan


Rupanya masyarakat Minangkabau di zaman kerajaan Pagar Ruyung adalah masyarakat yang menyeru kepada keamanan dan perpaduan berlandaskan syariat Islam. Pembesar Pagar Ruyung telah datang ke Rembau dan berkahwin dengan anak ketua orang Asli suku Jakun dan seterusnya terbentuklah Negeri Sembilan.

Begitu juga di Sulu, pembesar dari Pagar Ruyung telah menyebarkan Islam di sana bersama para pendakwah , berkahwin dengan anak ketua suku di sana.

Masa berlalu, kita semua lupa sejarah, kita semua lupa kita berasal dari bapa yang satu iaitu Nabi Adam. Kita lupa datuk nenek kita dulu boleh hidup dalam suasana yang penuh harmoni dengan berpegang teguh pada tali Allah dalam menegakkan syariat Islam.

Sepertimana kata-kata Dr. Jose Rizal : “In order to read the destiny of a people, it is necessary to open the book of its past”. (untuk kita mengetahui hala tuju sesuatu bangsa , adalah perlu kita belajar dari sejarah)



Understanding Sulu Sultanate:Culture of Peace
Saturday, December 19. 2009

The issues brought in the study of Sulu Sultanate is to understand its historical existence that may offer new perspective to resolve the continuous struggle of the adherence to fight the aggression of their homeland, economic resources, political legal rights, cultural heritage, religion, and freedom for self-determination. As Dr. Jose Rizal said: “In order to read the destiny of a people, it is necessary to open the book of its past”.

The Sulu Muslim “Ummah” political theory did not start with the idea of having a state political government, but with the option that the “Ummah” or community of the faithful, must possess leadership to make possible the creation of proper condition of “Ibadat” or worship and strict adherent to the “Shariah” or Islamic Laws.

The leadership should always strong enough to completely safeguard the internal order of the “Ummah” against disharmony or disloyalty. Under the principle of Islam, the purpose of the individual and the “Ummah” or community is the same – the execution and enforcement of the will of ALLAH [God]. For Islam is a religion that defines a unified way of life; hence, there is no distinction between the religious and the secular.

RAJAH BAGINDA of Sumatra, Indonesia:

The Sulu genealogy accounts that after the “Ahlul Bait” Missionaries established few Muslim Ummah or communities among inhabitants of Lupah Sug [Sulu mainland] living along the seashores, rivers and verdant hills and valley, another personage arrived at Bwansa, Lupah Sug, whose name was Rajah Baginda.

He was the son of King Pagar and belongs to the royal family of Pagar Ruyung of Menangkabaw, Sumatra, Indonesia.

Rajah Baginda was not a religious scholar but in all probability could have included a number Islamic Malay scholars as part of his entourage to Sulu.

The arrival of Rajah Baginda at Bwnasa Ummah strengthen the Islamic polity of the Tagimaha tribe of Bwansa Ummah and nearby villages of Lupah Sug due to his advance knowledge in Islamic governance.

Rajah Baginda was accepted as the ruler of Bwansa Ummah, although Sulu genealogy did not mention that he establish a central government in the mainland of Sulu. He got married to the daughter of a Tagimaha Chieftain, and was able to effect the implementation of the “Shariah” or Islamic laws at Bwansa village.

In a related Sulu royal Tarsila narrates the arrival of another Arab scholar by the name of Sayyid Abu Bakr Hashim. His arrival to Bwansa village was welcomed by Rajah Baginda, and because of his expertise in the Islamic jurisprudence, Sayyid Abu Bakr (pronounce as Abubakar) was accepted member of the royal court of Rajah Baginda. He got married to the daughter of Rajah Baginda.

When Rajah Baginda reached the old age, he entrusted the administration of the government affairs of Bwansa Ummah to his son-in-law, Sayyid Abu Bakr, and he remained in complete retirement at Bud Datu until his death. His grave yard is still found to the present day on the top of Bud Datu, Indanan, Sulu.

Dakwah untuk pendatang asing perlu diperhebatkan


Negara sekarang sedang menghadapi krisis pencerobohan di Sabah yang melibatkan pendatang asing. Dalam pada masa yang sama 2-3 hari ini di Johor pula berlaku kes rusuhan di sebuah kilang yang melibatkan pekerja asing yang tidak puas hati dengan majikan yang belum melaksanakan gaji minimum RM900. Dan yang terkini di N.Sembilan pula 1000 pekerja asing melakukan protes tidak puas hati dengan gaji minimum RM900 yang belum dilaksanakan.

Sebelum ini saya ada menulis di blog saya yang telah disekat di http://waghih.blogspot.com betapa pentingnya usaha dakwah dan kebajikan terhadap pekerja dan pendatang asing yang beragama Islam di Malaysia. Artikel itu akan saya terbitkan semula dalam blog baru saya di http://rozmal.blogspot.com

Usaha dakwah dan kebajikan di kalangan pekerja asing dan pendatang asing yang beragama Islam adalah amat penting untuk memperkukuhkan perpaduan ukhuwwah Islamiah di antara rakyat Malaysia yang beragama Islam dengan pekerja asing yang beragama Islam untuk mengelakkan sebarang perselisihan faham yang timbul di kemudian hari.

Warga asing protes kilang tak beri gaji minima
10 Mac 2013

NILAI – Kira-kira 1,000 pekerja warga asing sebuah kilang kain di kawasan perindustrian Nilai mengadakan piket di sini semalam, sebagai tanda protes terhadap tindakan pihak pengurusan kilang yang tidak memberi mereka gaji minima.


Pekerja mengamuk tuntut gaji minimum
10 Mac 2013

MUAR - Kesabaran 150 pekerja warga asing di sebuah kilang di Parit Jamil dekat sini yang melancarkan mogok sejak kelmarin bagi menuntut kenaikan gaji minimum RM900 sampai ke penghujungnya apabila mereka bertindak memukul seorang pengurus pengeluaran dan tiga penyelia kilang semalam.


***********
Pelik jika solat di tepi jalan kaki lima di Malaysia

Pada 16 Mei 2012 sekitar jam 1.35 ptg saya ke Dataran Senawang, N.Sembilan kerana ada urusan di bank. Memang susah nak cari tempat letak kereta di Dataran Senawang waktu tengahari. Sebab letak kereta percuma, yang ada cuma tiang mesin meter letak kereta. Mesinnya belum dipasang walaupun tiang dah pasang lebih setahun rasanya.

Terpaksalah pandu kereta jalan belakang kedai yang sempit, tengok kalau boleh celok mana-mana. Terperanjat bila saya lalu belakang sebuah Restoran milik orang Melayu di Dataran Senawang. Saya dapati seorang pekerja lelaki restoran tersebut sedang solat di satu sudut yang amat sempit belakang kedai, yang muat-muat satu sejadah sahaja.

Kagum dengan kesungguhan pekerja tadi, memang saya salute pekerja restoran tadi. Kalau semua umat Islam kita boleh mencontohi pekerja tersebut semasa sibuk bertugas terutama peniaga pasar malam kita.

Saya pun tak pasti, adakah pekerja tadi solat di lorong belakang kedai , kerana restoran tersebut tiada disediakan bilik solat, atau ada bilik solat mungkin sedang dibaiki. Apa-apa pun kita bersangka baik dengan pemilik restoran tersebut. Mungkin bilik solat di restoran tersebut sedang dibaiki atau diubah suai.

Saya pun tak sempat nak menemu bual pekerja restoran tadi, almaklumlah sibuk nak cari tempat letak kereta, kalau tak, lambat pula masuk kerja.

Lebih mengagumkan saya, kalau tak silap saya , restoran tadi ada mengambil pekerja asing menjadi pekerja di restoran mereka. Jika pekerja tadi adalah pekerja asing, beliau patut dijadikan contoh tauladan atau duta solat bukan sahaja untuk pekerja asing yang beragama Islam, bahkan untuk umat Islam di Malaysia ini.

Di hari yang lain, sedang saya berborak-borak dengan seorang ustaz di satu taman perumahan di Senawang di luar pagar rumah ustaz tadi, datang 2 orang wanita Indonesia, seorang bertudung, seorang tidak bertudung. Wanita tadi bertanyakan kepada ustaz tadi di mana hendak belajar mengaji.

Memandangkan di Malaysia ini ramai pekerja asing yang beragama Islam, sepatutnya JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri ada jabatan khusus untuk mengendalikan hal ehwal pekerja asing yang beragama Islam ini, agar akidah mereka terjamin. Bukankah mereka juga membayar zakat?

20130310

Wakil Rakyat N.Sembilan jadi penganggur selepas 26 Mac 2013


Sekiranya tiada pembubaran parlimen atau DUN sebelum 26 Mac 2013 nanti, maka secara otomatiknya Dewan Undangan Negeri Sembilan akan terbubar pada 26 Mac 2013. Selepas itu Negeri Sembilan tidak akan mempunyai seorang pun wakil rakyat di peringkat DUN. Ini juga bermakna mereka yang telah menjadi ADUN di N.Sembilan tidak akan mendapat lagi keistimewaan sebagai wakil rakyat seperti elaun wakil rakyat dan sebagainya.

Jika sebelum ini wakil rakyat yang banyak membantu rakyat di sekitar mereka, maka sekarang masanya pula rakyat yang berkemampuan untuk membantu wakil rakyat yang sudah tamat perkhidmatan mereka.

Diharapkan rakyat di DUN yang diwakili wakil rakyat sebelum ini agar berurusan terus dengan Ketua Kampung, Pengerusi JKKK, Nazir Masjid untuk sebarang pengesahan permohonan bantuan, pinjaman, biasiswa, Baitul Mal dan sebagainya.

Walau bagaimanapun , disebabkan rakyat kita ni dah terbiasa berjumpa wakil rakyat di kawasan mereka dan ada yang tidak tahu bahawa selepas DUN terbubar tiada lagi wakil rakyat dan wakil rakyat tidak lagi mendapat gaji dan elaun, maka terpulanglah kepada parti yang mewakili rakyat tersebut untuk meneruskan Pusat Khidmat DUN di tempat mereka dengan mengadakan kutipan dana dari ahli-ahli parti mereka sendiri.

Kepada mereka yang ingin membantu Pusat Khidmat DUN Paroi yang ketika ini diwakili oleh ADUN Paroi (PAS) YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani bolehlah salurkan bantuan untuk digunakan untuk tujuan kebajikan penduduk yang amat memerlukan di kawasan Paroi ke akaun berikut :

Bank : Bank Islam Msia Bhd (BIMB)
Nama akaun : PAS Dun Paroi
No akaun : 05012010063902
Hubungi Sdr Hassan 019-2171942