KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130328

Muzium Tentera maya adalah perlu untuk generasi kini


Tragedi Lahad Datu telah membangkitkan kembali kenangan silam sejarah tanah air ini dijajah oleh pengganas dari Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun, Komunis dan seterusnya. Namun ianya tidak cukup sekadar hampir setiap saat di kaca televisyen didendangkan lagu Perajurit Tanah Air (Inilah Barisan Kita) nyanyian Jamaludin Alias.

Kita amat kurang filem sejarah pejuang terdahulu, yang masih utuh ialah filem arahan p. Ramlee iaitu filem Sarjan Hassan kisah benar seorang perwira yang berasal dari Negeri Sembilan. Filem Kalabakan yang masih belum siap sepatutnya sudah siap, berkisar kisah benar bagaimana 8 orang perwira kita dari 3 Rejimen Askar Melayu Diraja telah terkorban dalam pertempuran dengan tentera Indonesia di Sabah semasa konfrontasi.

LIMA 2013, sepatutnya disusuli bukan sahaja dengan pembelian aset ketenteraan, ianya sepatutnya diiringi dengan menaik taraf muzium tentera di Malaysia ini.

Di era ICT, Wifi, Internet dan sebagainya, seharusnya muzium tentera ini masuk pula ke era Muzium Tentera maya seperti yang terdapat di negara maju seperti di http://armedforcesmuseum.com/virtual-tour-of-military-museum/

Sejarah ketenteraan di Tanah Melayu menggunakan senjata api bermula dari zaman kesultanan Islam Melaka lagi, namun masih ramai yang tidak mengetahuinya.

Semoga pemimpin kita prihatin untuk menaiktaraf muzium tentera kita di seluruh negara sebagai sebahagian daripada mengenang jasa pejuang terdahulu disamping sebagai tumpuan tarikan pelancong.

Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban,
Untuk ibu pertiwi!

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti!

Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa, Malaysia berjaya!

Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti!

Tiada ulasan: