KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130309

PAS dan Umno bekerjasama di DUN Kota, Parlimen Rembau?



Dalam kesibukan semua parti menghadapi demam Pilihanraya Umum ke 13 dan dalam pada masa yang sama negara dilanda pencerobohan di Sabah, kita jangan lupa mereka yang memerlukan bantuan di sekeliling kita, terutama, sanak saudara kita, jiran-jiran kita dan orang kampung.

Saya dimaklumkan oleh teman-teman lain dan beberapa rakan sekerja saya memaklumkan rumah mereka sering mendapat notis pemotongan elektrik dan air oleh TNB dan SAINS. Malahan rakan sekerja saya juga mengalamai nasib yang, ada tunggakan sikit , surat notis pemotongan dah sampai.

Turun naiklah kawan saya ni pergi pejabat YB, pejabat Majlis Agama Islam dan sebagainya. Sementera hendak menunggu bantuan dari Baitul Mal mereka akan pinjam dari rakan-rakan mereka yang sanggup memberi pinjaman.

Semalam saya diberitahu PAS DUN Kota, Parlimen Rembau telah membantu satu keluarga ibu tunggal di Rumah PPRT , Kg Nerambai, Lubok China, Rembau. Rumah ibu tunggal ini telah tiada bekalan elektrik sejak 1 Mac 2013 yang lalu, kerana tidak mampu membayar tunggakan bil elektrik berjumlah RM 201.03 yang tertunggak sejak beberapa bulan dan telah diberi notis pembayaran yang secukupnya.

Akhirnya dengan usaha Penyeleras PAS DUN Kota, Hj Ghazali Mohd Shom dan Pengarah MTD PAS DUN Kota, Sdr Izamri mereka telah berjaya mengumpulkan bantuan dan membayar pada jam 4.46 ptg 8 Mac 2013 sebanyak RM 226.90. TNB telah bertindak pantas dengan menyambung semula bekalan elektrik pada jam 6.30 ptg , 8 Mac 2013.

Itu baru satu keluarga dari ribuan keluarga, mungkin puluhan ribuan keluarga seluruh Malaysia yang setiap hari sentiasa risau bekalan air dan elektrik di rumah mereka akan dipotong pada bila-bila masa. Ada yang dibantu Umno, ada yang dibantu PAS, ada yang dibantu PKR, ada dibantu Baitul Mal, ada dibantu oleh Tabung Masjid dan sebagainya.

Tak susahkan nak amalkan perpaduan Melayu? Tak perlulah kita adakan seminar Perpaduan Melayu, tak perlu kita adakan Sepanduk Perpaduan Melayu kalau kita tak bersama turun padang membantu Melayu yang perlukan bantuan tak kiralah apa fahaman politik mereka.

Yang di luar negara kita bantu, yang di kampung sendiri jangan dilupakan.

Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan kecemasan seperti ini kepada penduduk di DUN Kota dalam Parlimen Rembau melalui PAS sila salurkan ke akaun berikut :
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
Bank Islam Malaysia Berhad: 05-021-02-011755-8
atau : Maybank , No Akaun 155126945930 : CIMB , No Akaun 05020693061526
Sila hubungi :
Izamri bin Med 013-2124086 (Pengarah MTD DUN Kota)
Rozmal bin Malakan 012-2267406 (Pengarah 2 , Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Rembau)

Atau mereka yang ingin menyalurkan bantuan melalui Umno boleh menghubungi ADUN Kota atau Ahli Parlimen Rembau.

Atau boleh bertanya mana-mana Nazir atau Imam Masjid setempat berapa ramai keluarga yang memerlukan bantuan dalam kariah mereka.

Tiada ulasan: