Apakah maksud sebenar yang ditulis oleh
Dato A Kadir Jasin dalam artikel beliau “Pemerintah Ditimpa Bala
Rakyat Kena Sama”. Begitu ramaikah ahli politik kita yang berbangsa
Melayu, beragama Islam menggunakan tangkal, khidmat bomoh untuk
memastikan kejayaan mereka serta untuk menundukkan pesaing mereka?
Pemerintah Ditimpa Bala Rakyat Kena
Sama
Oleh : Dato A Kadir Jasin – 8 Mac
2013
KRISIS pencerobohan ke atas Sabah oleh
pengikut bersenjata sultan isytihar sendiri (self-proclaimed) Jamalul
Kiram III dari Sulu, Filipina, masih belum selesai. Kita terus berdoa
agar masalah itu selesai segera dan tidak akan berulang lagi. Selepas
ini, minta pemerintah keluarkan Kertas Putih mengenainya. Rakyat
berhak mendapat penjelasan terperinci dan benar. Kita ucap takziah
kepada keluarga perajurit dan perwira kita yang gugur dan cedera.
Kita berdoa mati mereka tidak sia-sia.
Dan kita yang tinggal dan selamat
kerana perlindungan mereka hendaklah berfikir, mencari jawapan dan
mengambil iktibar daripada kejadian itu. Manalah tahu, boleh jadi ini
amaran, bala dan balasan Tuhan terhadap benda-benda salah yang kita
lakukan dan terhadap kealpaan kita.
Seorang bekas menteri Melayu
memberitahu seorang wartawan Cina sebuah akhbar berbahasa Inggeris
baru-baru ini yang ramai orang politik, tak kira parti, agama dan
bangsa serta tanggungan mereka guna bomoh.
Jadi, berwaspadalah jangan kerana
serapah-jampi, mantera-mantram, kemenyan dan patung, tangkal azimat
dan batu ajaib akidah terpesong, benda khurafat menjadi adat.
Tulisan penuh Dato A Kadir Jasin
mengenai isu ini di
http://kadirjasin.blogspot.com/2013/03/pemerintah-ditimpa-bala-rakyat-kena-sama.html
Politik bomoh: Sama hukum dengan ramal
nasib, syirik
26 Februari 2013
SEREMBAN - Menggunakan khidmat bomoh
bagi mengubati sakit tertentu seperti gangguan makhluk halus,
dibolehkan. Namun, sekiranya untuk kepentingan politik, ia sama
seperti bertenung nasib dan hukumnya syirik.
Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof
Ahmad berkata, tidak salah sekiranya berjumpa bomoh untuk membantu
disebabkan terkena gangguan makhluk halus, namun perlu berlandaskan
syariat Islam.
Bagaimanapun, katanya, sekiranya
khidmat bomoh digunakan untuk menang pilihan raya atau menyakiti
orang lain, perbuatan itu amat ditegah dalam Islam kerana syirik.
“Meminta bomoh memberikan kemenangan
dalam pilihan raya samalah seperti meramal nasib, kerana tiada
jaminan perkara itu akan benar-benar berlaku.
“Seeloknya setiap calon yang
bertanding bergantung pada diri sendiri dan berserah sepenuhnya
kepada ALLAH,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Mohd Yusof berkata, masa depan setiap
individu bergantung pada perbuatannya masa lalu.
“Seandainya calon sudah berusaha
bersungguh-sungguh untuk kebaikan rakyat, maka memadailah dengan
berdoa kepada ALLAH untuk beroleh kejayaan.
“Paling penting, hadapkan diri pada
ALLAH dan tinggalkan segala larangannya dengan mematuhi ajaran
Islam,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan