KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130313

Amat terharu askar yang gugur di Sabah, ada kaitan dengan ayah


Saya amat-amat terharu apabila mendengar berita 2 orang perwira kita gugur di Sabah. Prebet Ahmad Hurairah Ismail dari 7 RAMD gugur ketika bertempur. Arwah ayah saya pernah menjadi Penolong Ketua Kompeni juga di 7 RAMD tahun 1966. Ayah juga bertempur ketika itu dengan pengganas dari Indonesia dan berjaya membunuh 2 orang pengganas di Kalabakan yang menceroboh negara.

Perwira kita yang kedua ialah Prebet Ahmad Farhan Ruslan dari 3 RAMD. Ayah saya pernah menjadi Ketua Platun 3 RAMD pada tahun 1961.

Memang debaran isteri-isteri dan anak-anak perajurit yang berada di perbatasan. Hanya Allah yang melindungi mereka.

Antara pengorbanan keluarga perajurit ialah mereka sering berpindah randah. Disebabkan ayah sering dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat, dari satu kem ke satu kem, hampir setiap tahun kami sekeluarga berpindah randah. Sampaikan saya sukar mengingati kawan-kawan sekolah saya yang lama, kerana saya penah bersekolah di 6 buah sekolah rendah dan 4 buah sekolah menengah.

Ajal maut ditangan Tuhan. Arwah ayah saya terlalu berani semasa dalam tentera, hinggakan saya takut dia akan maut ketika bertempur. Ayah saya tidak mati di medan pertempuran, dia menemui ajalnya di atas katil di Hospital Seremban. Sebelum meninggal dunia , ayah saya berkata kepada emak saya, “Semuanya sudah tertulis di lauh mahfuz”.

Salam perjuangan untuk semua perajurit kita.

Rozmal bin Malakan

Seorang askar gugur, tiga pengganas maut
13 Mac 2013

LAHAD DATU - Ops Daulat yang masuk hari kelapan semalam menyaksikan seorang lagi anggota pasukan keselamatan terkorban manakala tiga pengganas mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk berdekatan Kampung Tanjung Batu di sini. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, anggota keselamatan yang terkorban ialah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari pasukan 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Tawau manakala seorang lagi anggota tentera yang berusia 35 tahun mengalami kecederaan di pipi dan dirawat di Hospital Tawau.

Prebet maut trak jatuh gaung
13 Mac 2013

Lahad Datu - Seorang anggota tentera berpangkat prebet maut selepas trak yang dipandu hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 36, Jalan Lahad Datu-Tungku dekat Cenderawasih di sini semalam. Kejadian pada pukul 7.30 pagi itu mengorbankan Ahmad Farhan Ruslan dari Batalion 3 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Sandakan.

Agong ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Ahmad Hurairah
KUALA LUMPUR 12 Mac - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada anggota keluarga Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail yang gugur sewaktu melaksanakan tugas Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah.

Senarai sekolah saya bersekolah :

1972 : SK Larkin , Johor (PULADA)
1972 - 1973 : St Thomas Primary , Kuching, Sarawak (3 Briged)
1974 : SK Padang Tembak, KL (MINDEF-Highgate)
1975 : SK Kem Kabota, Tawau, Sabah (6 RAMD)
1976 : SK Tanjung Aru, Kota Kinabalu (5 Briged)
1976 - 1977 : SK Sultan Ismail, Kota Bharu (16 RAMD)
1978 : SMK Dato Permaisuri, Miri, Sarawak (16 RAMD)
1979 : SMK Batu Lintang , Kuching, Sarawak (1 Divisyen)
1980 : Victoria Institution, KL (2 Divisyen)
1981 - 1982 : SDAR, Seremban (508 AW)

Tiada ulasan: