KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130316

Menteri Besar N.Sembilan pertama dari DUN Kota, Parlimen Rembau


Rembau telah melahirkan ramai tokoh pemimpin negara, bangsa serta ulama. Namun generasi kini terutama anak Rembau tidak diketengahkan akan jasa-jasa pemimpin terdahulu. Mungkin ramai anak Rembau yang tidak tahu bahawa Menteri Besar Negeri Sembilan yang pertama setelah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 berasal dari Kg Chengkau Ulu, Rembau. Kg Chengkau Ulu ini ialah kampung arwah atok saya sebelah ayah, Dato Kamaruddin bin Abdullah.

Saya tanya makcik saya apa kena mengena Menteri Besar N.Sembilan yang pertama Tun Abdul Malek Yusof dengan atok. Makcik saya kata Tun Abdul Malek itu ialah ayah saudara kepada atok saya. Dan dulu atok ada bawa kami ke rumah Tun Abdul Malek di Melaka semasa Tun Abdul Malek menjadi Gabenor Melaka selama 3 penggal.

Sahabat saya seorang aktivis adat, budaya dan sejarah Negeri Sembilan mengatakan kini rumah Tun Abdul Malek di Kg Tanah Datar, Chengkau dalam keadaan yang terbiar. Biar berkata betapa perlunya rumah Tun Abdul Malek ini dan banyak lagi tempat di Rembau ini perlu dipulihara kerana mempunyai nilai sejarah yang begitu tinggi.

Rozmal bin Malakan http://rozmal.blogspot.com

Tun Abdul Malek Yusuf (1899 - 1977)

Allahyarham Tun Hj. Abdul Malek bin Yusuf merupakan Menteri Besar Negeri Sembilan yang pertama dilantik bagi negeri ini. Allahyarham memgang jawatan tersebut dari 1hb Februari 1948 hingga tahun 1953. Allahyarham kemudiannya menjadi Tuan Yang DiPertua (Gabenor) Melaka dari 31hb Ogos 1963 hingga 31hb Ogos 1971.


Yang Di-Pertua Negeri Melaka Kedua
TYT TUN HAJI ABDUL MALEK BIN YUSOF
(31 Ogos 1959 – 30 Ogos 1971)

Tun Haji Abdul Malek bin Yusuf, Dato' Maha Kurnia merupakan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka yang kedua. Beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 31 Ogos 1959 dan berkhidmat selama tiga penggal.

Allahyarham Tun. Hj. Abdul Malek bin Yusuf merupakan anak lelaki tunggal daripada tiga orang adik beradik. Dilahirkan pada tahun 1899 di Kampung Chengkau, Rembau, Negeri Sembilan dan dibesarkan dalam kehidupan kampung.

Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Chengkau, Negeri Sembilan pada tahun 1907 seterusnya melanjutkan pelajarannya di peringkat tinggi di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1910.

Tun Hj. Abdul Malek telah mendirikan rumahtangganya dengan Puan Khatijah bte Ahmad dan mereka dikurniakan dua orang cahayamata iaitu Halimah dan Habibah. Walau bagaimanapun, isterinya telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1950. Selepas itu, beliau berkahwin dengan isteri keduanya, Toh Puan Fatimah bte Ismail pada tahun 1964. Toh Puan Fatimah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Langat dan Sekolah Melayu Kajang.

Antara jawatan yang pernah disandang oleh Tun Hj. Abdul Malek ialah :
1948-1953 – Menteri Besar Negeri Sembilan
1957-1959 – Speaker Majlis Perundangan Persekutuan (menggantikan Yang Mulia Raja Tun Uda sehingga 27 Jun)


SPITFIRE RAID IN MALAYA
Large-Scale Attack On Rebel Area
A.A.P.-Reuter SINGAPORE, Aug. 16. 1948

Two hand grenades have been found in the past 24 hours in the compound of the home in Seremban of Abdul Malek Bin Yusuf, Prime Minister of Negri Sembilan.


Persekutuan Tanah Melayu

Perjanjian Persekutuan telah digubal oleh Sidang Pleno Inggeris-Melayu sejak antara Jun-Disember 1946. Di akhir mesyuaratnya Sidang Pleno telah menghasilkan apa yang dikenali sebagai Blue Book setebal 100 muka surat.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 21 Januari 1948 di King House dan diumumkan oleh kerajaan British . Perjanjian ini ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu, dan Sir Edward Gent, sebagai wakil Kerajaan British . Perjanjian ini adalah sebagai persediaan ke arah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Perjanjian ini penting kerana ia memansuhkan Malayan Union dan menyatukan negeri-negeri Melayu dalam sebuah Persekutuan untuk pertama kali. Kedudukan Raja-Raja Melayu juga telah dikembalikan.

Antara 1946 - 1948, 11 negeri ini membentuk tanah jajahan British yang dipanggil Malayan Union. Disebabkan bantahan orang Melayu yang dipimpin oleh Dato Onn Jaafar, Malayan Union dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu, yang mengembalikan kedudukan simbolik raja-raja Melayu. Malayan Union dibubarkan secara rasmi pada 21 Januari 1948.

Dalam Perjanjian Persekutuan ini, walaupun negeri-negeri Melayu menjadi negeri naungan British, Pulau Pinang dan Melaka kekal menjadi tanah jajahan. Seperti Malayan Union, persekutuan ini tidak dianggotai Singapura, yang sebelum ini dianggap sebagai sebahagian dari Malaya.

Persekutuan Tanah Melayu ini mendapat kemerdekaan daripada Negara-negara Komanwel British pada 31 Ogos 1957. Pada 1963, Persekutuan tanah Melayu bersama-sama dengan Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (yang dinamakan semula sebagai Sabah) membentuk sebuah persekutuan baru bernama Malaysia. Singapura kemudiannya dikeluarkan dari Malaysia dan membentuk sebuah republik sendiri pada 9 Ogos 1965.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Sdr Rozmal bin Malakan,

Saya yang kini 50-an, ada mendengar nama arwah atok saudara, Datuk Menteri Kamaruddin, orang Chengkau Ulu yang bersemenda di Kg.Tanjung semasa kecil.Tetapi saya tidak pernah melihat arwah atok saudara.

Saya tahu telapak atok saudara di Kg.Chengkau Ulu.

Saya tidak pasti samada arwah atok saudara mempunyai adek perempuan yg dipanggil 'Saeyah'(atau nama yg lebih kurang bunyinya sedemikian).Suaminya bernama Cikgu Shamsudin.

Rumah arwah Saeyah & Cikgu Shamsudin masih ada di Kg.Chengkau Ulu tetapi telah menjadi rumah tinggal. Rumah itu berhampiran dengan rumah keluarga Dato' Cef Ismail.

Benar, arwah atok saudara ada perhubungan saudara yang dekat dengan Tun Abdul Malik Yusuf. Anak saudara Tun Malik yg terkenal ialah Dato' Muhammad Jabil (Bekas Ketua Pengarah Perhutanan).Datuk Muhamad Jabil pula bapa saudara kpd Dato' Cef Ismail.

Sebenarnya, saya baru mengetahui bahawa sdr ialah cucu kepada Tok Menteri Kamarudin ketika balik kampung baru-baru ini.Ini ada kaitan dgn usaha saudara membuka markas bilik gerakan di Kg.Baru Chengkau Ulu.

Selamat berjuang.