7 Mac 2013
BAHAU - Tanah seluas
dua hektar di Kampung Kuala Jempol, di sini bakal didirikan sebuah
pondok pengajian agama, Zawiyah Ar-Raudhah dalam masa terdekat sekali
gus menjadi mercu tanda pembangunan Islam di daerah ini dan negeri
ini.
Pengerusi pondok,
Fisal Johar berkata, tanah berkenaan adalah milik pengasas pondok,
Mohd Nasir Othman yang juga imam satu, Masjid Jamek Bahau.
Menurutnya, pondok
berkenaan adalah satu-satunya di daerah Jempol ini dan matlamatnya
adalah membina sebuah pusat pengajian agama tidak formal.
“Ia adalah
kemudahan umat Islam dan mendekatkan diri di bawah aliran Ahli Sunnah
Wal Jamaah
"Selain itu
pondok ini juga akan menjadi tempat tinggal bagi warga tua dan anak
yatim menghadiri kuliah pengajian serta program yang akan diadakan.
“Kita juga akan
bina surau, rumah tamu, kedai, inap desa dan pondok bagi anak yatim
serta warga tua secara berfasa dengan kos keseluruhan mencecah RM3
juta,” katanya.
Beliau berkata
demikian sejurus selesai majlis pecah tanah Pondok Zawiyah Ar-Raudhah
di Kampung Kuala Jempol, Bahau.
Hadir sama, Ulama
Mesir, Habib Sheikh Yusuf dan Pengasas Pondok Zawiyah Ar - Raudhah,
Mohd Nasir Othman yang juga Imam satu, Masjid Jamek Bahau dan
Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Nor Azamir Alias.
Sementara itu, Nor
Azamir berkata, pembinaan beberapa pusat pengajian berasaskan pondok
moden di negeri ini bukti kerajaan turut menyokong pembangunan
pengajian agama Islam secara berterusan dari pelbagai konsep.
Menurutnya, antara
pondok pengajian berkenaan adalah yang dikendalikan oleh Yayasan Sofa
dan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum, Seremban.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan berbentuk tunai mahupun
bahan binaan hubungi Fisal Johar di talian 019-5119336 atau Mohd
Nasir Othman di talian 013-6227671 untuk maklumat lanjut.
Info berkenaan
Pondok Ar-Raudhah di http://perkebar.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan