Demam Qasidah dengan puji-pujian kepada
Allah dan Rasul sedang melanda negara dengan alunan suara merdu Habib
Syech Al-Sagoff. Sebenarnya kita di Malaysia ini, khususnya di Rembau
ada seni puji-pujian terhadap Nabi kita yang tersendiri, iaitu Dikir
Rebana (Zikir Rabbana) yang kebiasannya didendangkan ketika perarakan
pengantin dalam majlis perkahwinan. Semoga ada pihak yang mengangkat
semula dan mempopularkan kembali Dikir Rebana ini bermula di
peringkat sekolah lagi dengan memberi kefahaman sebenar mengenai
Dikir Rebana ini.
Sedikit mengenai Tarian Piring yang
juga masyhur di Negeri Sembilan, asal Tarian Piring ini dari Sumatera
adalah untuk pemujaan dewa pada musim menuai. Namun setelah
kedatangan Islam di Minangkabau Tarian Piring tidak lagi untuk
persembahan para dewa tapi ditujukan bagi majlis-majlis keramaian
yang dihadiri oleh para raja atau para pembesar negeri. Di Negeri
Sembilan ianya ditarikan oleh penari lelaki dalam majlis perkahwinan.
DIKIR REBANA DI REMBAU
Dikir Rebana sangat popular di Negeri
Sembilan terutamanya di Rembau. Ia adalah muzik berbentuk nyanyian
beramai-ramai yang diiringi oleh beberapa buah gendang yang dipanggil
rebana yang dimainkan biasanya untuk memeriahkan dan mengarak
pengantin, malah untuk mengarak pembesar-pembesar yang datang
berkunjung ke satu-satu tempat.
Perkataan “Dikir” besar
kemungkinannya berasal dan perkataan Arab “Zikir” yang bermakna
rnengingati atau memuji Allah. Ini adalah kerana senikata yang
digunakan dalam Dikir Rebana ini kebanyakannya dari Bahasa Arab yang
dipetik dari Kitab Berzanji yang isinya memuji kebesaran Allah dan
Rasulnya, Nabi Muhammad saw.
Perkataan Rebana pula berkemungkinan
juga dari perkataan Arab “Rabbana” yang bermaksud “Tuhan kami”.
Antara lagu permulaan Dikir Rebana
ialah Kalimah Syahadah :
“Allah, La-ilaha illa-Allah (2X) –
Wa huwa Allah , Allah, Muhamad habibullah”
Antara rangkap Dikir Rebana ialah :
Dua puluh lima rasul pilihan,
Nama tersebut dalam Quran,
Mertabatnya tinggi dilebihkan Tuhan,
Hendak dijazam kita imankan.
Pertama Nabi Allah Adam,
Nabi manusia kafir dan Islam,
Ditempah Jibril tanah segenggam,
Asal mulanya Darul Salam.
Sejarah Asal Usul Tari Piring
Tari Piring atau dalam bahasa
Minangkabau disebut dengan Tari Piriang, adalah salah satu jenis Seni
Tari yang berasal dari Sumatra Barat yaitu masyarakat Minangkabau
disebut dengan Tari Piring karena para penari saat menari membawa
piring.
Pada awalnya dulu kala Tari Piring
diciptakan untuk memberi persembahan kepada para dewa ketika memasuki
masa panen, tapi setelah datangnya agama Islam di Minangkabau Tari
Piring tidak lagi untuk persembahan para dewa tapi ditujukan bagi
majlis-majlis keramaian yang dihadiri oleh para raja atau para
pembesar negeri, Tari Piring juga dipakai dalam acara keramaian lain
misalnya seperti pada acara pesta perkawinan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan