Sejarah Angkatan
Tentera Malaysia bermula dengan penubuhan Rejimen Askar Melayu pada 1
Mac 1933 hasil usaha 4 orang pembesar Melayu, 2 orang pembesar Melayu
dari N.Sembilan dan 2 orang pembesar Melayu dari Perak.
Kini selepas 80
tahun berlalu , jasa-jasa 4 orang pembesar tersebut sepatutnya
dikenang. Apa yang menyedihkan rumah salah seorang pembesar Melayu
tersebut di Chembong, Rembau dalam keadaan terbiar.
Sedangkan rumah
berkenaan mempunyai banyak peristiwa bersejarah hasil usaha seorang
pembesar Melayu yang sentiasa memikirkan masa depan perjuangan
bangsa.
Semoga ada usaha
oleh semua pihak untuk mengenang kembali jasa-jasa 4 orang pembesar
Melayu tersebut serta memulihara rumah beliau di Rembau yang kini
terbiar untuk dijadikan sebagai bangunan warisan.
Arwah ayah saya
pernah berkata, keturunan pembesar Melayu dari Rembau yang
mengasaskan Askar Melayu hanya ada 2 orang sahaja yang menyertai
Askar Melayu. Iaitu ayah saya dan pakcik dia (datuk saudara saya).
Datuk saudara saya
ini masih hidup lagi, dan mukanya sering keluar dalam TV Al Hijrah
tiap Khamis dan Jumaat jam 6.15 ptg ruangan Cinta Ilmu menemani Ulama
Nusantara , Sheikh Nuruddin Al Banjari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan