Negara
sekarang sedang menghadapi krisis pencerobohan di Sabah yang
melibatkan pendatang asing. Dalam pada masa yang sama 2-3 hari ini di
Johor pula berlaku kes rusuhan di sebuah kilang yang melibatkan
pekerja asing yang tidak puas hati dengan majikan yang belum
melaksanakan gaji minimum RM900. Dan yang terkini di N.Sembilan pula
1000 pekerja asing melakukan protes tidak puas hati dengan gaji
minimum RM900 yang belum dilaksanakan.
Sebelum
ini saya ada menulis di blog saya yang telah disekat di
http://waghih.blogspot.com
betapa pentingnya usaha dakwah dan kebajikan terhadap pekerja dan
pendatang asing yang beragama Islam di Malaysia. Artikel itu akan
saya terbitkan semula dalam blog baru saya di
http://rozmal.blogspot.com
Usaha
dakwah dan kebajikan di kalangan pekerja asing dan pendatang asing
yang beragama Islam adalah amat penting untuk memperkukuhkan
perpaduan ukhuwwah Islamiah di antara rakyat Malaysia yang beragama
Islam dengan pekerja asing yang beragama Islam untuk mengelakkan
sebarang perselisihan faham yang timbul di kemudian hari.
Warga
asing protes kilang tak beri gaji minima
10
Mac 2013
NILAI
– Kira-kira 1,000 pekerja warga asing sebuah kilang kain di kawasan
perindustrian Nilai mengadakan piket di sini semalam, sebagai tanda
protes terhadap tindakan pihak pengurusan kilang yang tidak memberi
mereka gaji minima.
Pekerja
mengamuk tuntut gaji minimum
10
Mac 2013
MUAR
- Kesabaran 150 pekerja warga asing di sebuah kilang di Parit Jamil
dekat sini yang melancarkan mogok sejak kelmarin bagi menuntut
kenaikan gaji minimum RM900 sampai ke penghujungnya apabila mereka
bertindak memukul seorang pengurus pengeluaran dan tiga penyelia
kilang semalam.
***********
Pelik
jika solat di tepi jalan kaki lima di Malaysia
Pada
16 Mei 2012 sekitar jam 1.35 ptg saya ke Dataran Senawang, N.Sembilan
kerana ada urusan di bank. Memang susah nak cari tempat letak kereta
di Dataran Senawang waktu tengahari. Sebab letak kereta percuma, yang
ada cuma tiang mesin meter letak kereta. Mesinnya belum dipasang
walaupun tiang dah pasang lebih setahun rasanya.
Terpaksalah
pandu kereta jalan belakang kedai yang sempit, tengok kalau boleh
celok mana-mana. Terperanjat bila saya lalu belakang sebuah Restoran
milik orang Melayu di Dataran Senawang. Saya dapati seorang pekerja
lelaki restoran tersebut sedang solat di satu sudut yang amat sempit
belakang kedai, yang muat-muat satu sejadah sahaja.
Kagum
dengan kesungguhan pekerja tadi, memang saya salute pekerja restoran
tadi. Kalau semua umat Islam kita boleh mencontohi pekerja tersebut
semasa sibuk bertugas terutama peniaga pasar malam kita.
Saya
pun tak pasti, adakah pekerja tadi solat di lorong belakang kedai ,
kerana restoran tersebut tiada disediakan bilik solat, atau ada bilik
solat mungkin sedang dibaiki. Apa-apa pun kita bersangka baik dengan
pemilik restoran tersebut. Mungkin bilik solat di restoran tersebut
sedang dibaiki atau diubah suai.
Saya
pun tak sempat nak menemu bual pekerja restoran tadi, almaklumlah
sibuk nak cari tempat letak kereta, kalau tak, lambat pula masuk
kerja.
Lebih
mengagumkan saya, kalau tak silap saya , restoran tadi ada mengambil
pekerja asing menjadi pekerja di restoran mereka. Jika pekerja tadi
adalah pekerja asing, beliau patut dijadikan contoh tauladan atau
duta solat bukan sahaja untuk pekerja asing yang beragama Islam,
bahkan untuk umat Islam di Malaysia ini.
Di
hari yang lain, sedang saya berborak-borak dengan seorang ustaz di
satu taman perumahan di Senawang di luar pagar rumah ustaz tadi,
datang 2 orang wanita Indonesia, seorang bertudung, seorang tidak
bertudung. Wanita tadi bertanyakan kepada ustaz tadi di mana hendak
belajar mengaji.
Memandangkan
di Malaysia ini ramai pekerja asing yang beragama Islam, sepatutnya
JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri ada jabatan khusus untuk
mengendalikan hal ehwal pekerja asing yang beragama Islam ini, agar
akidah mereka terjamin. Bukankah mereka juga membayar zakat?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan