KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130305

8 polis maut di Sabah, dulu 8 askar kita maut


Peristiwa di Lahad Datu mengingatkan saya kembali peristiwa kira-kira 50 tahun yang lalu di Kalabakan, tidak jauh dari Lahad Datu. Jika kini 8 perwira negara dari PDRM telah gugur menjaga keamanan, dulu 8 orang juga perwira negara dari 3 RAMD telah gugur dalam tragedi di Kalabakan. Tawau, Lahad Datu, Kunak, Semporna, Pulau Bum Bum adalah tempat-tempat yang amat bermakna bagi saya apabila kami bersama arwah ayah yang berkhidmat dalam 6 RAMD di Tawau.

Semoga Allah mengembalikan keamanan serta pencerobohan di Sabah berakhir dengan baik

Berikut adalah senarai nama pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkorban dalam insiden serangan membabitkan kumpulan bersenjata rakyat asing di Lahad Datu pada Jumaat dan Semporna, Sabtu lepas.

1. Sarjan Sabarudin Daud, 46, dari Kem Ulu Kinta, Perak
2. Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29,dari Kem Ulu Kinta, Perak
3. Supritendan Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman
4. Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27, dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, Tawau
5. Sarjan Abdul Azis Sakirun, 48, dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, Tawau
6. Koperal Salam Togiran, 42, dari Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.
7. Asisten Supritendan Michael Padel, 36, Ketua Cawangan Khas Polis Daerah Semporna
8. Sarjan Baharin Hamid, 49, dari Kontinjen Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Sabah.

SEJARAH 3 RAMD
Semasa konfrontasi Malaysia/Indonesia, pasukan telah diaturgerak ke Sabah pada awal bulan Dis 1963. Satu lagi peristiwa penting pasukan berlaku ketika ini iaitu pertempuran di Kalabakan. Pada 29 Dis 1963, jam 2045 Pos Kalabakan telah diserang oleh Tentera Indonesia dan menyebabkan pertempuran di antara kedua-dua belah pihak berlarutan sehingga jam 2300.
Peristiwa ini menyaksikan seorang pegawai dan tujuh anggota terkorban manakala 16 yang lain cedera.

Mereka yang terkorban adalah
1. Mej Zainal bin Hj Yaakub (5415),
2. 13960 LKpl Abdullah bin Abdul Rahman,
3. 11471 LKpl Ismail bin Mat,
4. 11509 Pbt Md Zain bin Yaakub,
5. 14469 Pbt Sharudin bin Yasin,
6. 11245 Pbt Abdul Aziz bin Ghani,
7. 13784 Pbt Ismail bin Mansor
8. 14447 Pbt Yusuf bin Sulung.

Projek filem sejarah tertangguh
2011/03/22

Produksi 1963: Kalabakan masih menunggu lampu hijau dapatkan dana

WALAUPUN kerja pra-produksi bagi pembikinan cereka sejarah, 1963: Kalabakan, sudah diselesaikan, filem terbitan syarikat KalamAriff Holdings Sdn Bhd itu belum dapat dimulakan penggambarannya kerana pihak produksi masih menunggu keputusan mendapatkan geran kerajaan.

Selepas menghantar kertas cadangan dan dipanggil membentangkan projek filem yang mengambil lokasi di Tawau, Sabah itu pada November lalu, hingga kini mereka belum mendapat sebarang jawapan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

Jika tiada kata putus, filem bersandarkan tragedi yang berlaku 48 tahun lalu di Kalabakan, Tawau, sempadan antara Sabah dan Kalimantan membabitkan pembunuhan lapan askar Melayu yang diserang hendap musuh ketika solat Maghrib masih tertangguh.

Peristiwa hitam itu berlaku sesudah tercetusnya konflik Ganyang Malaysia akibat isu politik antara negara ini, Indonesia dan Filipina, berikutan cadangan penubuhan Malaysia yang menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (Sabah) serta Sarawak.


Tiada ulasan: