KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130302

Pakai tali pinggang keledar kerana ikut sunnah Nabi


Kekadang malu rasanya kita tidak menjadi contoh kepada anak-anak kita apabila menaiki motosikal atau kereta. Kita pakai topi keledar, pakai tali pinggang keledar adakalanya kerana di depan sana ada pemeriksaan polis atau JPJ. Mungkin mulai sekarang kita boleh menambahkan amal ibadah kita apabila menaiki kenderaan dengan memakai topi keledar atau tali pinggang keledar dengan niat mengikut sunnah Nabi.

Marilah kita pakai topi keledar, pakai tali pinggang keledar kerana kita kasihkan Nabi, bukan kerana takut mati atau takut kena saman.

Marilah kita banyakkan berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad saw, lebih-lebih lagi pada hari Jumaat

Dari Anas bin Malik ra, ada seseorang berkata kepada Rasulullah s.a.w, ‘Wahai Rasulullah s.a.w, aku ikat kendaraanku lalu aku bertawakal, atau aku lepas ia dan aku bertawakal?’ Rasulullah s.a.w menjawab, ‘Ikatlah kendaraanmu lalu bertawakallah.” (HR. Tirmidzi)

عَنْ أَنَسِ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُ قَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَعْقِلُهَا وَأَتَوَكَّلُ أَوْ أُطْلِقُهَا وَأَتَوَكَّلُ قَالَ اعْقِلْهَا وَتَوَكَّلْ

Tiada ulasan: