KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130310

Ziarah kubur ayahanda kepada Undang Rembau yang pertama





Sabtu 9 Mac 2013, hari yang amat memenatkan tetapi penuh bermakna dan bersejarah yang tidak saya rancang, hanya Allah saja yang memudahkan perjalan saya pada hari tersebut. Hari hujung minggu juga biasanya adalah hari ibu, dimana jika tidak kakak saya, saya yang akan memenuhi permintaan ibu pada hari hujung minggu samada untuk ziarah sanak saudara atau membeli keperluan dapur.

Selepas solat Zuhur saya membawa ibu bersama anak saya ke Gunung Datuk, tengok tanah peninggalan arwah ayah yang berjiran dengan hutan rekreasi Gunung Datuk. Agak sedih kerana papan tanda jalan masuk ke Gunung Datuk sudah terlalu uzur dah hampir tidak boleh dibaca.

Kemudian saya bawa ibu ke kampung halaman kami yang sudah lama ditinggalkan iaitu di Kg Kota Lama. Masa kecil saya tak pernah tahu bahawa kubur yang setiap hari saya lalu di sebelah rumah emak dulu ialah kubur kepada Dato Bungkal iaitu ibu kepada Undang Rembau yang pertama Dato Sri Rama. Manakala kubur yang terbiar tanpa pemuliharaan dekat rumpun buluh jalan keluar rumah emak saya dulu ialah kubur Dato Lela Balang, ayah Undang Rembau yang pertama. Dato Lela Balang ialah salah satu dari 2 pembesar dari Minangkabau yang membuka Rembau bersama orang tempatan iaitu orang Asli dari waris Jakun iaitu keturunan Dato Batin Sekudai. Dari sinilah bermulanya Rembau, bermulanya Negeri Sembilan.

Namun agak sedih kampung saya ini, Kg Kota Lama yang begitu banyak kesan sejarahnya, terbiar, banyak rumah yang tinggal di sebelah hilir termasuk telapak Undang Rembau ke 19, Dato Hj Ipap.

Kemudian saya bawa ibu ziarah Makcik Remah, bertanya khabar. Selepas itu saya bawa ibu jumpa sepupu dia di Kota.

Selepas solat Asar di Masjid Pekan Kota, saya menghadiri Majlis Minum Petang di Pekan Kota. Jumpa beberapa kenalan dan sanak saudara. Antaranya sepupu sebelah ayah Kamarul Azmy Safarudin, sepupu sebelah emak Amir Izam Baharudin yang lebih di kenali oleh orang Kota sebagai Izam Bosi (Besi).

Kepada orang Rembau, khususnya orang Kota, ketahuilah tempat kita ni adalah tempat yang amat bersejarah, lebih hebat dari Melaka sebenarnya.

Semoga pemimpin setempat selepas ini dapat memulihara kesan sejarah ini untuk tatapan anak bangsa agar mereka lebih komited untuk menjadikan daerah Rembau ini menjadi satu daerah yang begitu maju seperti mana satu masa dahulu.

Tiada ulasan: