Surau kami memang
sentiasa tidak berkunci, agar memudahkan para musafir untuk solat dan
menggunakan tandas surau. Tabung surau pun tidak diletakkan untuk
umum. Siapa nak derma, terus beri pada AJK.
Kadang-kadang
terkilan juga ada masanya tak ada orang yang nak bersihkan surau,
kerana masing-masing sibuk bekerja. Ada kalanya tak ada orang nak
azan, terutama apabila waktu bekerja.
Tapi Alhamdulillah,
dengan tidak semena-mena, tiba-tiba surau kami ada seorang Pak Aji
yang baru berpindah. Dialah yang pasangkan kaset mengaji sebelum
Maghrib, dialah yang azan bila masuk waktu, malahan dia juga yang
bersih kapet surau, bersih tandas surau.
Tak ada sesiapa yang
suruh. Dan dia pun tak ada mengeluh kalau ada yang mengotorkan surau.
Rupa-rupanya Pak Aji
ini baru bersara. Umur dalam 50an. Dia kata tak ada apa-apa nak buat
di rumah , dia pun buatlah apa yang patut di surau.
Alangkah baiknya
kalau ramai orang jadi Pak Sanggup kerana Allah macam Pak Aji ini,
daripada melepak di kedai kopi, siber kafe dan sebagainya lebih baik
beramal ibadah di surau atau masjid, lebih-lebih lagi mereka yang
bersara, mereka yang menganggur dan sebagainya
Pak Aji ni tak tanya
siapa siak, siapa AJK surau yang jaga kebersihan, mana tabung surau
untuk kebersihan, kenapa tandas surau kotor dan sebagainya.
Memang amat susah
nak jumpa orang macam Pak Aji ini. Satu rahmat yang amat bermakna
untuk surau kami.
Dari Abu Malik
Ash'ary katanya :
Bersabda Rasulullah
s.a.w. : Kebersihan itu sebahagian daripada iman, membaca
Alhamdulillah memenuhi timbangan, membaca Subhanallah dan
Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi, Solat itu cahaya.
Sedekah itu bukti. Kesabaran itu adalah pencahayaan, Quran itu akan
menjadi kawan (hujjah) atau lawanmu, Manusia itu bekerja untuk
keselamatan dirinya atau kecelakaannya
Hadis sahih riwayat
Muslim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan