Syaitan gemar dengan
perpecahan dan kemusnahan manusia seperti janjinya di depan Allah SWT
untuk melakukan apa juga tindakan yang memusnahkan kehidupan manusia.
Syaitan berasal daripada api dan tabiatnya untuk melalaikan manusia.
Oleh itu, ia wujud
di mana saja manusia berada. Ia mempunyai kebolehan menyerupai
sesuatu di alam nyata, memperalatkan tubuh manusia, malah boleh hidup
dalam badan orang yang disukainya.
Sesungguhnya syaitan
itu berjalan dalam diri manusia mengikuti perjalanan darah.
Biasanya syaitan
menyampaikan bisikan jahat supaya manusia melanggar segala arahan
Allah SWT. Syaitan sentiasa membisikkan kata-kata ‘manis’ yang
bersifat menghasut kepada manusia. Matlamatnya adalah untuk mencipta
permusuhan dan kebencian semasa manusia.
Allah berfirman yang
bermaksud: “Sesungguhnya syaitan bermaksud untuk menimbulkan
permusuhan dan kebencian antara kamu.” (Surah Al-Maidah, ayat 91)
Firman Allah SWT:
“Hasutlah siapa yang dapat kamu (syaitan) hasut di antara mereka
(manusia) dengan suaramu. Seranglah mereka dengan pasukanmu yang
berkuda dan berjalan kaki. Dan jadikanlah mereka sekutumu dalam
kekayaan harta dan anak-anak. Berilah mereka janji-janji. Dan
tidaklah yang dijanjikan kepada manusia oleh syaitan melainkan tipu
belaka.” (Surah al-Isra', ayat 64)
Dari sahabat bernama
Jabir, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya iblis putus asa
terhadap orang yang solat tetapi ia mampu memecah-belahkan perpaduan
mereka.” (Riwayat Imam Bukhari)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan