Saya pernah ke Lahad Datu pada tahun
1975 ketika arwah ayah saya menjadi ACO 6 RAMD di Tawau. Ayah saya
juga pernah bertempur di Kalabakan, bertempur dengan tentera
Indonesia yang beragama Islam semasa zaman konfrontasi. Ayah saya
telah menembak mati 2 orang askar Indonesia yang menceroboh negara.
Selepas konfrontasi, ayah saya bertemu
semula dengan pimpinan tentera Indonesia dan mengakui telah membunuh
2 orang tentera Indonesia yang beragama Islam, kerana waktu itu
adalah konfrontasi.
Sejarah orang Islam , berperang dengan
orang Islam bukan perkara baru. Ianya bermula sejak zaman penjajah
Portugis, Belanda dan Inggeris. Lihat saja Perang Naning, Perang
Linggi, Perang Klang. Dalang disebaliknya ialah penjajah.
Kalau nak ikutkan, tuntutan Kesultanan
Sulu ke atas Sabah, di semenanjung Malaysia pun ada banyak tuntutan.
Rembau sepatutnya menuntut kembali
wilayah Tampin yang luas, kerana menurut perjanjian asal Rembau
menyerahkan Tampin hanya untuk 150 tahun.
Begitu juga di Melaka, kalau nak
ikutkan, Naning mempunyai wilayah yang luas di Melaka, bukan sahaja
di Alor Gajah, kes ini pernah di bawa ke mahkamah.
Jadi kita berbaliklah kepada
penyelesaian Islam.
Saya diceritakan bahawa keturunan bekas
Mufti Kerajaan Negeri Sembilan adalah merupakan keturunan Raja Bugis,
dalam satu peperangan untuk menyerang Selangor, ulama yang pergi ke
Selangor pulang kembali dan kata, tak perlu serang kerana mereka di
sana beragama Islam.
Sebelum sesiapa memberi apa-apa komen
peristiwa di Lahad Datu, sila baca sejarah. Terutama sejarah tempat
kita sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan