KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130309

Askar serang ibu pejabat polis


Semoga perkara ini tidak berlaku di Malaysia. Sebenarnya ianya pernah hampir berlaku di Malaysia. Ketika itu arwah ayah saya bertugas sebagai BM di Markas Briged. Berlaku pergaduhan antara polis dan tentera pada ketika itu di sebuah premis awam. Waktu itu negara masih berada dalam ancaman pengganas komunis awal tahun 1970an.

Arwah ayah saya dapat tahu berita pergaduhan tersebut dia mengumpulkan anggota tentera yang berani bertempur lengkap dengan senjata dah bersiap sedia untuk menyerang. Mujur datang Panglima Briged datang berjumpa ayah saya dan anggota tentera lain yang telah siap untuk bertempur dan menenangkan keadaan. (Tak perlu campurtangan orang lain atau media untuk mententeramkan keadaan).

Menurut emak saya , orang menggelarkan arwah saya ketika bertugas dengan gelaran “Harimau Berantai”.

Itu kisah dulu, sejarah dulu sebagai panduan masa kini. Semoga anggota ATM dan PDRM kita dilindungi Allah dan diperkukuhkan dalam ukhuwwah Islamiyah dan perpaduan antara kaum.

95 askar serang ibu pejabat polis
8 Mac 2013
JAKARTA - Seramai 95 anggota tentera Indonesia menyerang dan membakar sebuah ibu pejabat polis dan empat balai polis lain di wilayah Sumatera Selatan semalam.
Mereka dilaporkan marah selepas seorang askar dibunuh anggota polis.
Jurucakap polis, Mejar Jeneral Suhardi Alius berkata, empat anggota polis termasuk seorang ketua polis tempatan ditikam dalam serangan yang berlaku di daerah Ogan Komering Ulu.
Dua anggota polis lain dilaporkan kritikal.
Serangan tersebut tercetus selepas anggota tentera ditembak mati oleh seorang pegawai polis pada Januari lalu berikutan satu dakwaan kesalahan trafik.
Suhardi berkata, anggota-anggota tentera itu pada awalnya mahu mengetahui proses undang-undang kes tersebut tetapi mereka tidak menjangka ia kemudian bertukar menjadi ganas. - AP

Tiada ulasan: