Berlegar di internet sekarang ini gambar antara pemimpin Umno dengan Sultan Sulu, antara pemimpin PKR dengan pemimpin MNLF dan sebagainya. A picture tells a thousand stories. Elakkanlah membuat fintah yang bukan-bukan. Kita ni rakyat biasa, bukan perisik tentera. Kerja kita sebagai rakyat biasa yang beragama Islam ketika Sabah dalam pergolakan sekarang ini bukannya menyebarkan berita yang bukan-bukan.
Kerja kita sebagai rakyat biasa yang
bukan anggota keselamatan , bukan risik tentera ialah sentiasa berdoa
agar pergolakan di Sabah dapat diselesaikan segera dengan cara yang
terbaik, serta keamanan dipulihkan agar umat Islam di Sabah dapat
beribadah dengan sempurna, dapat menghidupkan semula masjid-masjid di
Sabah.
Doakan anggota PDRM dan ATM kita
sentiasa mendekatkan diri dengan Allah dalam menghadapi konflik di
Sabah. Semoga mereka yang telah gugur dalam mana-mana medan
pertempuran sebelum ini, gugur sebagai seorang syuhada.
Kalau nak ikutkan gambar, saya pun ada
gambar dengan “pengganas” yang amat ditakuti oleh dunia yang
dikaitkan dengan kumpulan Abu Sayyaf di Filipina. Tapi itu sekadar
gambar, lebih 30 tahun dulu, tahun 1982.
“Pengganas” yang dimaksudkan ialah
Marwan, atau nama sebenarnya Zulkifli Abdul Khir. Antara orang yang
paling dikehendakki oleh CIA. Dia junior saya setahun. Di sekolah
kami panggil di Cheng. Sekolah kami memang terkenal menggelarkan
orang dengan gelaran yang glamour, cuma saya saja salah seorang yang
tidak ada gelaran.
Cheng ni bersama saya semasa kadet
tentera di sekolah dulu. Dia ni memang cekap menembak. Kami dulu tak
guna M16, tapi guna SLR, senapang yang paling berat, macam bawa guni
beras. Peluru pun macam peluru AK47, 7.62mm. Tembakannya macam
tembakan senapang patah, nak gugur bahu dan nak pekak telinga.
Kebetulan pula kadet tentera sekolah
kami dibawah seliaan Rejimen 508 AW yang ayah saya menjadi CO semasa
itu.
Itu cerita dululah. Sejak habis sekolah
saya tidak mendapat khabar mengenai Cheng. Hinggalah tahun lepas
rakan sekolah saya menceritakan mengenai Cheng.
Sama-samalah kita berdoa agar konflik
di Sabah dapat diselesaikan dengan segera. Dan sama-samalah kita
mendoakan keselamatan anggota ATM dan PDRM kita.
Elakkan menyebar berita yang
bukan-bukan. Banyakkan berdoa, berzikir, berselawat.
3 ulasan:
Assalamu'alaikum
Kalau tak silap, Zulkifli Khir / Cheng ni sekolah di SDAR dulu. Betul tak?
30 tahun dulu dengan gambar gambar yg berlegar di internet sekarang adalah jarak masa yg cukup berbeza. Saya percaya cerita tuan, tetapi 'Krisis Lahad Datu' adalah satu 'plan tranformasi licik'. Ingat 30 tahun dengan 2012 (PAU). Plan licik tak dibuat dengan mengambil masa sehingga 30 tahun.
Tak perasan pula ada link Nostalgia SDAR 82.
Cheng sama batch dengan saya: 1979-1983
Catat Ulasan