Berikut
saya panjangkan surat rayuan dari satu keluarga yang amat memerlukan
bantuan dikala kita masih dalam suasana gembira dengan rumah terbuka
dan menyambut kemerdekaan.
Rayuan
bantuan makanan dan pembayaran bil tertunggak
Assalamualaikum
dan salam sejahtera,
Adalah
dimaklumkan suami saya yang bekerja di sebuah kilang di Senawang
telah pun diisytiharkan bankrap oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.
Gaji suami saya untuk bulan Ogos 2013 telah dipotong kesemuanya oleh
pihak Jabatan Insolvensi Malaysia dan bulan-bulan berikutnya akan
dipotong sebahagian dari gaji suami saya.
Saya
hanyalah seorang surirumah dan mempunyai 3 orang anak berumur 4 tahun
dan 2 orang lagi bersekolah di Sekolah Kebangsaan Lavender Height,
Senawang.
Sehubungan
dengan itu kami keputusan kewangan untuk membeli barang keperluan
makanan harian untuk bulan September ini. Sebelum ini beberapa agensi
kerajaan telah membantu kami, namun untuk bulan September ini kami
perlu berusaha sendiri.
Antara
barang yang diperlukan ialah :
Beras
10 kg – cukup untuk 1 bulan
Minyak
2 paket – cukup untuk 2 minggu
Roti
1 buku – cukup untuk bekal anak ke sekolah untuk 2 hari
Susu
4 tin – cukup untuk 1 minggu
Milo
1 paket 500 g – cukup untuk 2 minggu
Teh
1 paket kecil – cukup untuk 1 minggu
Gula
2 paket – cukup untuk 1 bulan
Telor
30 biji – cukup untuk 3 minggu
Bawang
besar 1 kg – cukup untuk 1 bulan
Bawang
putih 0.5kg – cukup untuk 1 bulan
Sardin
2 tin besar – cukup untuk 1 bulan
Kami
juga mempunyai bil air dan elektrik yang tertunggak untuk beberapa
bulan. Kepada mereka yang ingin membantu menjelaskan tunggakan bil
kami, berikut nombor akaun bil tersebut ;
Bil
Air Syarikat Air Negeri Sembilan, No Akaun : 05001024050712 ,
Tunggakan RM 276.10
Bil
TNB, No Akaun : 03200059372010 , Tunggakan RM 225.45
Untuk
penghantaran barangan makanan atau pembayaran bil sila hubungi suami
saya di 017-6055185.
Kepada
mereka yang sudi membantu, kami ucapkan ribuan terima kasih, semoga
Allah memberkati mereka yang membantu kami.
Sekian,
wassalam.
Liza
binti Jamaludin
Blok
N N6/1,
Rumah
PPR Senawang 3,
Taman
PPR Senawang, 70450 Seremban, N.Sembilan
28 Ogos 2013