KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130810

Umat Islam perlu bersatu untuk henti gejala minum arak


Marilah semua umat Islam di Seremban dari semua lapisan parti politik terutamanya dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah bersatu mengadakan bantahan untuk membanteras gejala minum arak di kalangan orang Islam di sini. Saya mendapat SMS berikut respon dari artikel di bawah ; “ Kami di Bandar Seri Putra, Bangi bersatu atas nama persatuan penduduk dan surau-surau. Keluar surat rasmi, beri tempoh seminggu kepada kedai-kedai yang jual arak seperti Speedmart, 7/11 dan lain-lain. Kalau tak, banner akan dinaikkan menggesa semua orang Islam boikot kedai tersebut. Alhamdulillah dah 12 tahun kedai di sini tak jual arak”.

Jom kita kongsi artikel ini, demi Islam, demi bangsa.

Pantau jualan arak di kawasan majoriti Islam
2 Syawal 1434 H / 7 Ogos 2013

Bandar Baru UDA, Ampangan adalah sebuah bandar kecil dipinggir kawasan Majlis Perbandaran Seremban dan penduduknya adalah rata-ratanya orang Melayu. Kawasan ini boleh dikatakan ialah kawasan rizab Melayu.

Yang hendak saya sampaikan ialah bagaimana sebuah pasaraya di kawasan Melayu ini ada menjual arak sedangkan kebanyakan orang yang datang membeli-belah adalah orang yang beragama Islam dan mereka yang bertugas di kaunter bayaran serta pekerjanya yang lain adalah orang Islam.

Diharap pihak yang berwajib berhubungkait dengan agama mengambil perhatian dan jika boleh memberikan syarat tertentu supaya penjualan arak dipremis jualan minuman keras di pasar raya berkenaan ditiadakan. Memandangkan ia tidak sesuai dijual ditempat dimana majoriti penduduknya terdiri orang Islam.

Tidak dinafikan pasaraya ini dibenarkan menjual arak kerana setiap pusat membeli-belah yang besar dibolehkan kerana mempunyai lesen perniagaan untuk menjual makanan ataupun minuman yang tidak halal tetapi apabila pasar raya tersebut terletak dikawasan penduduk majoritinya 95 peratus orang yang beragama Islam adalah rasa agak janggal dan sangat tidak sesuai.

Walaupun nampak saperti perkara remeh temeh dan kecil sahaja tetapi impaknya besar dari segi sudut agama kerana apabila disesuatu kawasannya itu ada perkara haram atau maksiat berlaku tetapi dipandang enteng oleh masyarakat Islam sekeliling, maka keberkatan kawasan itu akan hilang dengan sendirinya.

Syed Abdullah Syed Osman ,
Seremban

Tiada ulasan: