Guru,
pelajar sekolah di Baling rasai kesan gegaran
20
Ogos 2013
KEDAH
: Gempa bumi lemah berukuran 3.8 pada skala Ricther yang melanda daerah ini
pagi tadi turut dirasai guru dan pelajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Bandar,
Siong dekat sini. Guru Besar sekolah itu, Muhd Fadzli Shaari berkata guru dan
pelajar yang berada di tingkat satu bangunan sekolah merasai gegaran kecil yang
berlaku dalam beberapa ketika sehingga menyebabkan mereka berasa loya.
Menurut
kenyataan Jabatan Meteorologi hari ini, gempa bumi yang melanda Kupang di sini
pada 8.26 pagi, berpusat di 11km selatan Baling dan kesan gegaran boleh dirasai
di sekitarnya.
Beberapa
laporan gempa bumi di Malaysia sebelum ini serta laporan titik gempa yang menghampiri
Malaysia di http://gempamalaysia.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan