Betulkah kita (termasuk saya sendiri) dari kalangan ahli
Sunnah Wal Jamaah bermazhab Syafie benar-benar prihatin dengan akidah umat
Islam yang tercabar dewasa ini dari isu Syiahnya, isu anjingnya, isu kalimah
Allah?
Minggu ni telah beberapa kali saya mendapat panggilan
telefon dari mereka yang tidak saya kenali bertanyakan mengenai pusat pemulihan
Islam untuk remaja perempuan yang terlanjur (berzina) kerana mereka
menyangkakan saya yang menguruskan pusat ini, sedangkan saya hanya mengiklannya
dalam blog saya beberapa ketika dulu.
Saya kata saya tidak menguruskannya, hanya sekadar
mengiklankannya, dan saya pun tiada nombor telefon pusat tersebut dalam
simpanan, perlu mencari semula dalam internet.
Di sini saya ingin merayulah kepada JAKIM, Majlis Agama
Islam Negeri dan Utusan Malaysia supaya mengiklankan secara besar-besaran
nombor telefon pusat pemulihan Islam remaja perempuan yang terlanjur. Ramai di
luar sana yang perlukan bantuan ini, tapi dalam laman web JAKIM dan portal
Utusan Malaysia akhbar No 1 orang Melayu tiada maklumat ini.
Saya juga merayulah kepada JAKIM , dengan kutipan zakat yang
bertambah pada tahun ini agar memperbanyakkan khidmat kaunseling atas talian,
kerana apabila saya menonton rancangan soal jawab agama bertalu-talu orang
telefon bertanyakan pelbagai masalah agama, masalah keluarga, masalah suami,
masalah anak-anak hinggakan menangis-nangis secara langsung dalam TV dan radio.
Tolonglah, janganlah sekadar beri penerangan itu sesat, itu
haram, itu salah.
Tolonglah mereka yang perlukan bantuan, tidak semestinya
bantuan wang ringgit.
Barulah lebih ramai akan terpikat dengan kepimpinan Ahli
Sunnah Wal Jamaah di Malaysia ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan