Bukan tembak pakai pistol lagi, bukan
bom, terkini tembak dari jarak jauh. Bukan senang nak tembak dari
jarak jauh kena tepat di dada tanpa bunyi. Hanya penembak tepat
“sniper” yang terlatih sahaja boleh melakukannya. Adakah
penjenayah di Malaysia mendapat senjata dan latihan dari penjenayah
luar negara? Nak jatuhkan piring guna SLR atau M-16 dari jarak 200
meter pun susah. Saya hanya berjaya jatuhkan 4 piring dengan 10
peluru.
Polis percaya pemilik restoran ditembak
dari jarak jauh
14 Ogos 2013
KUALA TERENGGANU: Polis percaya pemilik
restoran nasi kukus di Dungun, yang ditemui mati di hadapan kedai
makan miliknya semalam, ditembak dari jarak jauh.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah
Terengganu ACP K Manoharan berkata setakat ini polis telah mengambil
keterangan daripada anggota keluarga dan pekerja pemilik restoran
itu.
"Daripada keterangan yang diambil,
tidak ada seorang pun yang melihat atau mendengar tembakan
dilepaskan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam kejadian awal pagi semalam, mayat
pemilik restoran nasi kukus di Kampung Cacar, Mohamad Lutpi Mansor,
50, ditemui dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah dengan dua
kesan tembakan di dada dan bahu, di tempat letak kereta di hadapan
restorannya pada jam 7.30 pagi.
Mohamad Lutpi dikatakan keluar pada jam
4.30 pagi untuk memasukkan duit hasil perniagaannya di bank.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan