Sejak tahun 2011 terdapat sekitar 20
kes serangan asid terhadap mangsa yang terutamanya wanita di jalanan
yang berlaku yang belum dapat lagi diselesaikan dan penjenayah yang
melakukannya masih lagi berleluasa. Kini , serangan asid ini kembali.
Ya Allah, selamatkanlah bumi Malaysia ini dari kes jenayah yang
pelik-pelik yang semakin menjadi-jadi. Adakah ini balasan kerana kami
sering melupakan Mu?
Wanita cedera disimbah asid di lampu
isyarat
5 Syawal 1434H / 12 Ogos 2013
KUALA LUMPUR: Seorang pejalan kaki
wanita cedera di bahagian muka dan mata akibat disimbah asid oleh dua
lelaki bermotosikal di lampu isyarat berhadapan sebuah pusat
membeli-belah di Jalan Ampang di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP
Amiruddin Jamaluddin berkata dalam kejadian 11.45 malam itu, mangsa
berusia 31 tahun melecur 10 peratus di bahagian muka manakala rakan
mangsa, seorang wanita, terselamat.
Beliau berkata kedua-dua wanita itu
dikatakan sedang menunggu untuk melintas di lampu isyarat itu sebelum
didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang bertindak
menyimbah asid ke arah mangsa.
Beliau berkata mangsa kini dirawat di
Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.
Amiruddin berkata polis juga akan
mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian
untuk siasatan lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan