KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130807

Kenapa perjuangan Sarjan Hassan tidak dihargai?




Saya masih tercari-cari kenapa selama ini ramai rakyat Malaysia termasuk anggota tentera sendiri tidak tahu bahawa filem Sarjan Hassan lakonan P. Ramlee adalah merupakan adaptasi dari watak sebenar Hassan bin Hj Othman. Pasti ada pihak yang tidak mahu orang sewarak, sealim, seberani Sarjan Hassan yang telah membunuh lebih 100 orang komunis dan menggagalkan usaha perisytiharaan kemerdekaan negara naik ke kedudukan yang lebih tinggi.

Apabila saya membaca petikan novel Kapten Hassan Wira Bangsa, dikatakan Hassan seorang yang warak tidak mahu maksiat dilakukan oleh anggota tentera yang beragama Islam. Ianya bermula apabila dia melaporkan maksiat yang dilakukan oleh pegawai atasan tentera. Bermula dari itu Hassan mendapat tekanan, dia telah gagal dalam ujian kenaikan pangkat. Hassan tamat perkhidmatan dalam Askar Melayu berpangkat Leftenan pada usia lewat 30an, usia yang begitu muda.

Kemudian Tun Razak sendiri yang masukkan Sarjan Hassan ke dalam Askar Wataniah berpangkat Kapten di Kem Rasah.

Terkedu dan sedih saya baca kisah Sarjan Hassan. Bertambah sedih apabila ianya seakan-akan sama apa yang dialami oleh ayah saya sendiri. Ayah saya pernah berkata , dalam tentera kalau kita lurus dan lantang memang susah naik pangkat.

Sarjan Hassan jauh lebih hebat dari ayah saya. Sarjan Hassan telah berjaya membunuh lebih 100 orang pengganas komunis, sedangkan ayah saya hanya berjaya membunuh 2 orang pengganas komunis.

Ayah saya mendapat tekanan dari pegawai atasan termasuk PAT sendiri kerana dia telah membuang semua arak dari mes pegawai 16 RAMD pada tahun 1976 di kem Pengkalan Chepa, Kelantan.

Sarjan Hassan pernah berkhidmat dalam 5 RAMD, sama dengan ayah saya, tapi tahun yang berlainan.

Sarjan Hassan berkhidmat di Kem Wataniah, Rasah, Seremban berpangkat Kapten, kem yang sama ayah saya berkhidmat 508 RAW.

Kapten Hassan meninggal dunia di Hospital Seremban akibat serangan jantung, hospital yang sama juga ayah saya meninggal akibat serangan sakit jantung.

Semoga anggota ATM kita masa kini mempunyai semangat keperwiraan yang tinggi dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, jangan takut menegakkan kebenaran walaupun akan menerima tekanan dari pelbagai pihak, takut hanya pada Allah.

Apa yang sedih lagi ialah Sarjan Hassan diiktiraf oleh tentera penjajah British sepertimana ayah saya juga. Ayah saya pada awalnya gagal ujian pegawai, tetapi seorang pegawai British nampak ketokohan ayah saya, pegawai British (orang kafir) pula yang membantu ayah saya untuk lulus ujian naik pangkat pegawai.

Sinopsis Kapten Hassan Wira Bangsa di http://ms.wikipedia.org/wiki/Kapten_Hassan_Wira_Bangsa

Tiada ulasan: