KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130805

Nak jadi hero isu Syiah , tapi solat cuai



Berikut ialah petikan dari Facebook seorang saudara baru, iaitu Ebit Lew : “Baru ini saya masuk satu dewan ceramah atas jemputan seorang pegawai hr. Mereka sedang buat kursus perubahan karektor diri dan kepimpinan untuk ketua. Saya sedih melihat dalam kursus begitu mereka disuruh pegang bahu orang sebelah sedangkan ada mereka lelaki perempuan yang bukan mahram.”

Juga dalam jadual tiada waktu solat. Saya tanya bagaimana solat mereka. Mereka solat masing-masing jer. Saya sedih dan kasihan.

Penceramah bukan islam ini dibantu 2 wanita hanya memakai skirt. Saya tanya berapa bayaran. Satu kepala rm6ribu untuk 3 hari. Peserta 150 orang diuruskan seorang bukan islam untuk ajar sikap.

Saya terus jumpa pegawai itu kerana kenal.

Kenapa saudara aturkan kursus seperti ini? Jawabnya kerana ada 4 orang bukan islam. Kerana 4 orang tuan korbankan agama bagi 146 orang.

Saidina umar tulis diatas semua kepala surat, saya memberati solat lebih dari perintah yang lain kerana saya yakin siapa jaga solat akan jaga perintah Allah yang lain. Siapa cuaikan solat, dia akan cuaikan perintah yang lain.

Saidina umar bukan urus sebuah kampung. Tapi kerajaan yang lebih besar dari Malaysia ini. Bukan sebuah syarikat korporat atau organisasi yang kita rasa besar.

Bawalah umat ini kembali pada amalan islam. Jika mereka beramal dengan islam dan sunnah keberkatan akan datang dan hidup kita disayangi Allah Jadikanlah syarikat kita asbab manusia dekat pada Allah. Ya Allah kasihanilah umat ini

- Ebit Lew

Tiada ulasan: