Sudah
3 kes yang menyebabkan kematian empat anggota tentera akibat dipanah petir di
Kota Tinggi. Satu angka yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Malaysia
adalah negara yang kedua tertinggi di dunia yang menerima kekerapan panahan
petir. Adakah Kota Tinggi antara kawasan yang paling kerap menerima panahan
petir dan apakah doa serta langkah keselamatan yang perlu diambil?
Anggota
tentera maut disambar petir
20
Ogos 2013
JOHOR
BAHRU - Seorang anggota tentera maut manakala seorang pegawainya terselamat
akibat disambar petir ketika berkawal di Pos Tentera Tuan Seh, Tanjung Sedeli
di Kota Tinggi semalam.
Dalam
kejadian pukul 3.25 petang itu, Lans Koperal Ku Amirul Ku Rahim, 30, dari
Markas Tentera Darat cawangan Sumber Manusia Kementerian Pertahanan, meninggal
dunia di tempat kejadian manakala pegawainya, Kapten Madin Marcus, 40, hanya
pengsan.
**********
Pada
26 Julai 2013 seorang anggota tentera terbunuh dan seorang lagi cedera dipanah
petir di Kg Temenin Baru, Kota Tinggi, Johor semasa latihan ketenteraan.
Pada
29 Oktober 2009 dua anggota tentera maut dipanah petir ketika menjalankan
rondaan mencegah pendaratan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Pantai Batu
Layar, Kota Tinggi.
Himpunan
berita kejadian petir di Malaysia di http://kilatmalaysia.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan