Tandas masjid atau surau di tepi jalan
sering menjadi mangsa pengguna tandas yang dalam perjalanan samada
yang balik kampung, dalam perjalanan jauh, rombongan menghantar
pengantin, rombongan konvoi dan sebagainya.
Kebanyakan masjid terutama surau tidak
ada pencuci sepenuh masa seperti di lebuhraya PLUS. Malahan siak yang
diamanahkan untuk menjaga kebersihan masjid ada yang bekerja secara
sukarela ada yang dibayar elaun cuma RM100 sebulan.
Justeru itu adalah menjadi
tanggungjawab semua umat Islam, terutama yang menggunakan tandas
masjid dan surau untuk menjaga kebersihan.
Berikut ialah tip atau panduan apabila
menggunakan tandas masjid atau surau :
1. Pastikan kita derma dalam tabung
masjid atau surau apabila kita menggunakan tandas masjid. Lagi banyak
kita derma lagi baik, sekurang-kurangnya RM1, RM 5 dan seterusnya,
terpulang berapa ramai ahli keluarga kita yang menggunakannnya.
2. Cuci selipar kita sebelum masuk
tandas, supaya lantai tandas tidak berpasir atau berlumpur oleh
kerana selipar kita.
3. Pam tandas selepas digunakan. Siram
lantai tandas dengan air sekiranya berpasir dan berlumpur.
4. Elakkan merokok dalam tandas. Kalau
nak merokok juga bawa sekali bekas abuk rokok. Buang puntung rokok,
batang mancis atau kotak rokok dalam bekas abuk rokok yang dibawa.
Jangan buang puntung rokok, batang mancis atau kotak rokok dalam
lubang tandas atau atas lantai.
5. Kalau kita hendak salin lampin bayi
atau tuala wanita dalam tandas, pastikan bawa plastik sampah. Buang
lamping bayi atau tuala wanita dalam plastik sampah dan masukkan
plastik sampah dalam tong sampah. Jangan buang atas lantai tandas.
Kalau kita hendak orang bukan Islam
hormat masjid atau surau kita, pastikan semua umat Islam yang
menggunakan tandas masjid atau surau tahu menjaga kebersihan tandas
masjid dan surau kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan