KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130806

Judi ialah kebiasaan sebahagian orang Islam di sebuah negeri




Baru-baru ini dalam satu tazkirah Ramadan, penceramah menceritakan bagaimana cabaran-cabaran dakwah di sebuah negeri di Malaysia. Antaranya ialah judi adalah merupakan salah satu kebiasaan sebahagian orang Islam di negeri tersebut. Bagi mereka judi ini adalah perkara biasa dan mereka tidak rasa berdosa untuk berjudi.

Sampaikan ke tahap pelajar sekolah pun berjudi kecil-kecilan. Bukan itu saja, surirumah-surirumah mereka apabila berkumpul ada antara mereka yang berjudi.

Lebih menyedihkan apabila yang lelaki setelah selesai solat Jumaat, mereka akan beramai-ramai pula ke kedai judi atau bermain judi.

Bukan setakat judi adalah kebiasaan, malahan minum arak di kalangan belia juga adalah menjadi kebiasaan di sana. Ada di kalangan belia di sana meraikan Hari Raya dengan meminum arak.

Menurut penceramah tersebut, negeri tersebut adalah subur untuk melakukan kerja-kerja dakwah.

Mungkin ini yang dimaksudkan Tengku Adnan agar JAKIM lebih memberi tumpuan kepada khutbah Jumaat yang menekankan isu setempat untuk mencegah kemungkaran di tempat tersebut.

Tiada ulasan: