KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130812

Nama kapal perang, perlu iktiraf Ulama Ahlus Sunnah


Tentera Iran sering menamakan kelengkapan perang mereka dengan nama-nama berkaitan bandar suci Syiah, peralatan perang Saidina Ali seperti Zolfakir iaitu pedang Saidina Ali. Malaysia yang mengiktiraf Ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah pula, perlu menamakan peralatan perang sempena nama Ulama Ahlus Sunnah seperti Indonesia yang menamakan kapal perang mereka KRI Imam Bonjol, seorang ulama Ahlus Sunnah yang berjuang menentang penjajahan Belanda.

Hamba nak cadangkan agar helikopter TUDM yang baru Eurocopter diberi nama Tok Kenali atau Tok Janggut atau Mat Kilau atau Dato Bahaman atau boleh juga diberi nama Ibnu Firnas, pengasas penerbangan Islam.

Berikut beberapa nama kapal perang TLDM dan TNI-AL. Hamba tertanya-tanya dan tercari-cari siapa dia Sri Indera Sakti nama kapal perang TLDM KD Sri Indera Sakti.

**************
KRI Imam Bonjol (1772 - 1864 seorang ulama, pemimpin dan pejuang yang berperang melawan Belanda dalam peperangan yang dikenal dengan nama Perang Padri pada tahun 1803-1838)

KRI Pati Unus ( (1480 – 1521 adalah raja Demak kedua, pada tahun 1521, Pati Unus memimpin penyerbuan ke Malaka melawan pendudukan Portugis)

KRI Teuku Umar (1854 – 1899 pahlawan kemerdekaan Indonesia yang berjuang dengan cara berpura-pura bekerjasama dengan Belanda)

KD Laksamana Hang Nadim (Laksamana Hang Nadim ialah anak kandung Hang Jebat. Beliau menjadikan Johor sebagai pusat gerakannya menyerang Portugis di Melaka)

KD Laksamana Tun Abdul Jamil (Pahlawan Melayu dari Kesultanan Johor. Memainkan peranan utama untuk merebut Melaka dari kawalan Portugis)

KD Laksamana Mohammad Amin (Pembesar Melayu Kesultanan Perak, bersama-sama Ngah Ibrahim Jaafar dan Dato Maharaja Lela, menentang penjajahan British)

KD Sri Indera Sakti - ????????????????????

Tiada ulasan: