Beberapa hari lepas saya dihubungi oleh
seorang lelaki. Dia ingin bertanyakan pusat perlindungan remaja
wanita yang terlanjur. Menurutnya, saudaranya mempunyai anak
perempuan berumur 18 tahun yang sudah 5 bulan hamil anak luar nikah.
Dia sedang membantu saudaranya ini untuk menghantar remaja ini ke
pusat perlindungan.
Disebabkan saudaranya ini tinggal di
Felda, mereka tidak mampu hendak menghantar anak perempuan mereka ke
pusat perlindungan swasta.
Dia mendapat telefon saya apabila
terbaca artikel dalam blog saya mengenai masalah ke mana nak hantar
remaja perempuan yang terlanjur ini. Saya kata, saya hanya bantu
iklankan beberapa pusat perlindungan remaja, tetapi saya tidak
menguruskan atau bekerja di pusat perlindungan tersebut.
Saya pun tak pasti samada di Negeri
Sembilan ada pusat perlindungan remaja perempuan yang hamil yang
diusahakan oleh Felda, Majlis Agama Islam atau kerajaan negeri serta
pusat.
Lalu saya nasihatkan dia supaya cuba
menghubungi pihak Majlis Agama Islam N.Sembilan.
Saya amat sedih dan hampa kerana ini
sebelum ini telah banyak panggilan seumpama ini yang diterima, saya
hanya mampu minta mereka bersabar dan berserah pada Allah, kerana
kelemahan diri saya sendiri yang tidak tahu ke mana hendak diarahkan
begitu ramai remaja perempuan Melayu/Islam yang terlanjur ini.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan