KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130821

Rakyat semakin tertekan, jiwa tidak tenang


Marilah kita perhebatkan usaha dakwah kita. Ramai yang diluar sana sedang mencari-cari ketenangan. Hanya dengan mengingati ALLAH jiwa manusia akan tenang. ALLAH s.w.t berfirman: “Ingatlah, dengan berzikir (mengingati Allah) jiwa kamu akan tenang". (Surah Ar-Ra'ad, ayat 28)

Pemandu Teksi Di Sebalik Bata Yang Dibaling Di Cheras
Selasa Ogos 20, 2013

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi 'tertekan' telah didedahkan sebagai punca terhadap kejadian membaling bata dari atas jejantas terhadap kenderaan di Cheras.

Lelaki 43 tahun, yang ditahan oleh pihak polis pada Isnin, mengaku 'melegakan tekanan' dengan membaling bata di jalan raya berhampiran Taman Connaught sejak awal bulan ini.

"Lelaki itu mendakwa membaling bata dapat melegakan tekanan.

Dua laporan polis telah dibuat bulan ini berhubung kejadian.

Kes ketiga dan terkini telah dipaparkan di laman Facebook Kempen Kesedaran Jenayah Malaysia pada Jumaat.

Ivy Leong, yang berkongsi pengalaman beliau dengan pentadbir halaman, berkata beliau dan keluarganya sedang menuju ke arah Petaling Jaya berhampiran Taman Connaught di Cheras pada pukul 4 petang hari itu.

"Ia berlaku betul-betul di bawah jambatan McDonald di Taman Connaught.

"Dalam sekelip mata, batu itu terbang ke kereta saya," katanya, sambil menambah beliau dan keluarganya mengalami luka akibat cermin pecah.

Tiada ulasan: