Akhirnya ada juga pemimpin UMNO yang menegur mengenai topik
khutbah Jumaat di Malaysia yang perlu sentuh masalah setempat seperti apa yang disuarakan
selama ini dalam artikel saya bertajuk “Khutbah Jumaat semakin membosankan” di http://waghih.blogspot.com/2010/05/khutbah-jumaat-semakin-membosankan.html
Tahniah Datuk Seri.
Isi khutbah dengan isu semasa
5 Ogos 2013
KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dicadangkan agar menyelitkan
keadaan semasa dan isu-isu setempat dalam teks khutbah Jumaat kerana pendekatan
itu efektif untuk menyedarkan masyarakat dan bagi mencegah gejala yang boleh
membawa kemungkaran.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor berkata, isu-isu seperti itu boleh dikupas dalam sebahagian kecil
khutbah bagi mengingatkan jemaah.
"Biarlah tok siak itu menceritakan berkenaan apa yang
berlaku dalam masyarakat dari kawasan kampung masing-masing yang memberi
kesedaran kepada mereka yang bersolat Jumaat.
"Selain sebarkan syiar Islam, khutbah Jumaat juga perlu
memastikan apa yang berlaku di tempat kita khususnya untuk cegah
kemungkaran," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan