Melaka : Badan Perhubungan PAS Melaka
membatalkan jamuan Hari Raya Aidilfitri tahun ini bagi menghormati
nasib yang dihadapi umat Islam dan rakyat Mesir yang dizalimi oleh
rejim tentera. Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari berkata PAS Melaka
menghormati penderitaan umat Islam Mesir yang terus dizalimi oleh
rejim kerajaan zalim.
'Pas Melaka mengambil sikap
menggantikan jamuan Aidilfitri kepada dana rakyat Mesir yang
dizalimi. Bagi PAS kawasan dan cawangan yang sudah bersedia
mengadakan sambutan aidilfitri, disarankan mengadakan secara
sederhana disamping mewujudkan dana bantuan untuk rakyat Mesir."
ujar beliau yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.
Sementara itu Bendahari PAS Melaka,
Husni Ali berkata semua sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank
PAS Melaka yang boleh diperolehi di dalam blog PAS Melaka iaitu
http://pasmelaka.blogspot.com
Majlis sambutan Aidilfitri PAS Negeri
Melaka sepatutnya diadakan pada 24 Ogos ini di Bukit Katil, segala
persiapan awal telah diadakan sejak minggu lepas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan