KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130813

Rakyat perlu berani cegah jenayah bersama polis


Kenyataan Ketua Polis Negara di bawah ini yang ingin menjadikan Malaysia Bebas Judi Internet perlu disokong oleh orang awam kerana orang awam yang tahu di mana lokasi judi internet berhampiran kawasan perumahan mereka, tanya budak sekolah pun mereka tahu di mana ada lokasi judi internet. Marilah kita buat sebanyak mungkin laporan lokasi judi internet di kejiranan kita.

Sistem laporan polis “online” belum siap lagi. Tapi kita di N.Sembilan boleh buat laporan di Portal Pengaduan Awam N.Sembilan di www.spans.gov.my . Cara nak buat laporan di portal ini ada di http://rozmal.blogspot.com/2013/07/bersama-kita-mencegah-maksiat.html

Mari kita pastikan kejiranan kita Bebas Judi Internet, dan mari kita pastikan setiap laporan yang kita hantar dibuat tindakan segera oleh pihak berkuasa.

Ketua Polis Negara komited untuk jadikan Malaysia Bebas Judi Internet, Ketua Pengarah JAKIM bila pula nak buat komitmen Umat Islam, Orang Melayu Bebas Judi 4 Nombor Ekor di Kedai Yang Berlesen?

Bebas judi Internet
6 Syawal 1434 H / 13 Ogos 2013
Shah Alam: Ketua polis semua peringkat seluruh Malaysia membabitkan ketua polis negeri, ketua polis daerah dan ketua polis balai diminta memastikan kawasan pentadbiran masing-masing bebas daripada aktiviti perjudian Internet yang berselindung di sebalik kafe siber dalam usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengekang aktiviti kurang sihat itu.

Difahamkan, kesungguhan polis membanteras kegiatan berkenaan bermula sebulan lalu selepas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta aku janji daripada semua pegawai tinggi PDRM seluruh negara bagi mengenal pasti dan memaklumkan kegiatan seperti itu di kawasan masing-masing.

Sumber memberitahu, aku janji terbabit turut merangkumi arahan supaya memastikan semua aktiviti perjudian dihentikan serta-merta dan pemantauan berterusan dilakukan pasukan khas yang akan menggempur pusat perjudian berkenaan.

“Sehubungan itu, polis di peringkat negeri bukan saja diminta memantau, malah menggandakan operasi bagi memastikan pusat perjudian yang mengundang pelbagai masalah sosial itu ditutup dalam tempoh terdekat,” katanya.



Tiada ulasan: