Pada 29 Dis 1963 seramai 8 orang
anggota dari 3 Rejimen Askar Melayu Diraja telah terkorban dalam
pertempuran di Kalabakan, Sabah apabila Tentera Indonesia telah
menceroboh kedaulatan negara. Namun kini pengorbanan mereka semakin
dilupakan. Semoga MINDEF dapat membantu menyiapkan filem Kalabakan
yang telah lama tertangguh sempena sambutan kemerdekaan negara pada
31 Ogos 2013 ini.
Projek Filem Sejarah Tertangguh
22 Mac 2011 : Berita Harian
Produksi 1963: Kalabakan masih menunggu
lampu hijau dapatkan dana
WALAUPUN kerja pra-produksi bagi
pembikinan cereka sejarah, 1963: Kalabakan, sudah diselesaikan, filem
terbitan syarikat KalamAriff Holdings Sdn Bhd itu belum dapat
dimulakan penggambarannya kerana pihak produksi masih menunggu
keputusan mendapatkan geran kerajaan. Selepas menghantar kertas
cadangan dan dipanggil membentangkan projek filem yang mengambil
lokasi di Tawau, Sabah itu pada November lalu, hingga kini mereka
belum mendapat sebarang jawapan daripada Perbadanan Kemajuan Filem
Nasional (FINAS).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan